Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

133) PEKERJA ASING

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik jumlah pekerja asing di Selangor dari 2016-2018 mengikut negara.

    Berikut merupakan statistik pekerja asing terkini di Negeri Selangor sehingga 31 Oktober 2018.

     

    Negeri Lelaki Perempuan Jumlah Keseluruhan
    Selangor 486,525 101,802 588,327

     

    Bersama-sama ini dilampirkan juga maklumat tambahan iaitu:

     

    1. Statistik pekerja asing aktif terkini mengikut negeri dan sektor sehingga                 31 Oktober 2018

     

    1. Statistik pekerja asing aktif terkini mengikut negeri dan sektor sehingga                 31 Oktober 2018

     

    INVEST SELANGOR BERHAD

     

    1. Statistik jumlah pekerja asing di Selangor dari 2016 – 2018 mengikut kategori sektor seperti berikut;-

     

    Sektor Tahun Jumlah Keseluruhan Peratus (%)
    2016 2017 2018
    Perkilangan 210,916 211,063 228,597 650,576 37.75%
    Pembinaan 133,230 125,716 157,176 416,122 24.14%
    Perladangan 29,968 29,783 31,254 91,005 5.28%
    Perkhidmatan 93,740 93,771 118,724 306,235 17.77%
    Pertanian 37,371 33,749 29,598 100,718 5.84%
    Pra 54,872 52,541 51,370 158,783 9.21%
    Jumlah Keseluruhan 560,097 546,623 616,719 1,723,439
    Peratus (%) 32.50 % 31.72% 35.78% 100%

    * Sumber : Jabatan Imigresen Negeri Selangor

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang jumlah pekerja asing di Selangor?

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dasar Buruh Negara adalah di bawah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar khusus berkenaan tenaga kerja warga asing di Selangor. Dasar berkenaan warga kerja asing hanya ada diperingkat Kerajaan Persekutuan, dibawah Kementerian Dalam Negeri dan digunapakai di semua negeri di Malaysia. Proses kelulusan dan pengawalan kemasukan warga kerja asing hanya dilaksanakan oleh agensi-agensi Persekutuan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

     

    Bagi mengawal kemasukan pekerja asing, Kerajaan menghadkan permohonan pengambilan pekerja-pekerja asing hanya dibenarkan mengikut sektor – sektor seperti berikut;-

     

    1. Perkilangan;
    2. Pembinaan;
    • Pertanian;
    1. Perladangan;
    2. Perlombongan dan pengkuarian;
    3. Perkhidmatan;
      1. Sub-sektor Restoren (Tukang Masak sahaja);
      2. Sub-sektor Pencucian dan pembersihan;
    • Sub-sektor Pulau Peranginan;
    1. Sub-sektor Hotel;
    2. Sub-sektor refleksologi
    3. Sub-sektor Kedi (lelaki)
    • Sub-sektor Pengendalian Kargo (Pelabuhan & Lapangan Terbang).

     

    Selain itu, bayaran levi turut dikenakan kepada majikan-majikan yang berhasrat untuk mengambil pekerja asing sebagai sumber tenaga kerja seperti berikut;-

     

    Sektor Kadar Bayaran
    Perkilangan RM1,850
    Pembinaan RM1,850
    Perladangan RM640
    Pertanian RM640
    Perlombongan & Pengkuarian RM1,850
    Perkhidmatan RM1,850

     

    Pekerja asing lelaki dan perempuan dari negara-negara sumber yang berikut dibenarkan bekerja dalam semua sektor iaitu Perkilangan, Perladangan, Pertanian, Perkhidmatan, Pembinaan dan Perlombongan & Pengkuarian

     

    Sumber Jantina Sektor
    Lelaki Perempuan
     Thailand Semua Sektor:

     

    Perkilangan

     

    Pembinaan

     

    Pertanian

     

    Perladangan

     

     

    Perlombongan & Pengkuarian

     

    Perkhidmatan

     Philippines X
     Cambodia
     Myanmar
     Laos
     Vietnam
     Kazakhstan
     Nepal
     Pakistan
     Sri Lanka
    Turkmenistan
     Uzbekistan
     Bangladesh
     

    Indonesia

    Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan.

    Manakala pekerja wanita dari negara tersebut dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.

     

    India

    Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkhidmatan (Restoran Sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan.

    * Sumber : Kementerian Dalam Negeri

     

    DASAR KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) DALAM PENGURUSAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING

     

    Mesyuarat JKK-PA Kali Ke-33 Bil. 2/2005 pada 5 Julai 2005 memutuskan supaya ditubuhkan Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre – OSC) di KDN untuk memproses permohonan pengambilan pekerja asing daripada negara sumber yang dibenarkan. Agensi Kawal Selia bagi semua sektor telah ditempatkan secara sepenuh masa di OSC.

     

    Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan dan berperanan sebagai Urus Setia kepada OSC.

     

    Bagi memantau permohonan dan kelulusan pengambilan pekerja asing ini, Mesyuarat JKKPA-PATI Kali Ke-10 Bil. 1/2013 pada 1 Julai 2013, telah bersetuju supaya Penambahbaikan Peranan Pusat Kelulusan Setempat (OSC) dilaksanakan sebagaimana berikut : –

     

    • Semua kelulusan pekerja asing hanya dibuat di OSC, KDN sahaja.
    • Semua Agensi Kawal Seliaakan menempatkan pegawai masing-masing sepenuh masa di OSC, KDN.
    • Peranan OSC bagi mengendalikan permohonan pengambilan pekerja asing untuk sektor-sektor yang dibenarkan sahajasetelah majikan gagal mendapat pekerja tempatan.

     

    KDN mempertimbangkan permohonan pengambilan pekerja asing berdasarkan permintaan industri dan kelayakan yang telah ditetapkan. Calon pekerja asing mestilah lulus semakan senarai hitam jabatan melalui  IMMIGRATION SECURITY CLEARANCE (ISC) yang dilakukan di negara sumber. Jabatan Imigresen Malaysia memberikan kelulusan Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) berdasarkan negara sumber dan kuota yang telah diluluskan

     

    * Sumber : Jabatan Imigresen Negeri Selangor

     

    Selain itu, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut mensyaratkan kepada syarikat-syarikat asing yang memperolehi kelulusan projek-projek perkilangan di bawah Syarat-Syarat Lesen Pengilang Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 (Akta 156) untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan seperti berikut;-

     

    1. Syarikat hendaklah melatih rakyat Malaysia supaya pemindahan teknologi dan kepakaran dapat disalurkan di semua peringkat jawatan;

     

    1. Sekiranya pihak syarikat memerlukan gunatenaga tambahan, jumlah gunatenaga sepenuh masa tambahan syarikat hendaklah terdiri daripada sekurang – kurangnya 80% rakyat Malaysia. Penggajian rakyat asing termasuk pekerja yang diperolehi melalui penyumberan luar adalah tertakluk kepada dasar semasa;

     

    • Jumlah gunatenaga sepenuh masa syarikat hendaklah terdiri daripada sekurang kurangnya 80% rakyat Malaysia. Penggajian rakyat asing termasuk pekerja yang diperolehi melalui penyumberan luar adalah tertakluk kepada dasar semasa;

     

    * Sumber : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

     

    Walaupun secara dasarnya Kerajaan mengawal kemasukan warga kerja asing ke Selangor, namun begitu khidmat tenaga kerja asing ini amat diperlukan oleh sektor perindustrian bagi menampung kekurangan tenaga kerja tempatan.