Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

197) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1993

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Pekeliling ini digunapakai oleh kerajaan negeri?

    Pada dasarnya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1993 hanya dijadikan panduan asas bagi melayakkan pegawai kerajaan menerima bayaran elaun dan pampasan yang boleh disimpan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Pengerusi / Ahli Lembaga Jemaah Pengarah Badan-badan Berkanun / Kuasa-kuasa Tempatan / Badan-badan Perniagaan yang Kerajaan mempunyai

     

    Hal sedemikian kerana penetapan jumlah kadar bayaran adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri Besar / Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) / Badan-badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Anak Syarikat Kerajaan Negeri masing-masing dan tidak terikat dengan kadar yang dinyatakan dalam Pekeliling tersebut.

  2. Berapakah jumlah kutipan kerajaan negeri daripada bayaran kepada pegawai- pegawai kerajaan yang melebihi had maksima ditetapkan seperti Pekeliling ini, mengikut tahun sejak 2004?

     

    Kaedah pelaksanaan pembayaran elaun-elaun dan pampasan yang boleh disimpan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik sama ada menjadi Pengerusi atau Ahli Lembaga Jemaah Pengarah dalam mana-mana Badan- badan Berkanun / Kuasa-kuasa Tempatan adalah di bawah tanggungjawab Badan-badan Berkanun / Kuasa-kuasa Tempatan tersebut dan tidak menggunakan peruntukan Kerajaan

     

    Dalam hal ini, Pihak Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) juga mengesahkan bahawa Kod Pendapatan tidak diwujudkan dalam sistem gaji berkomputer (payroll) Kerajaan Negeri bagi tujuan tersebut. Berdasarkan semakan, Pentadbiran Kerajaan Negeri mendapati tiada sebarang Kod Potongan diwujudkan bagi bayaran lebihan yang perlu dipulangkan oleh Pegawai Kerajaan yang terlibat. Pewujudan Kod Potongan ini adalah berdasarkan kepada permohonan daripada Jabatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.