Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

105) PEKEBUN-PEKEBUN KECIL KELAPA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun Ð pekebun kelapa meningkatkan pengeluaran hasil tanaman kelapa?

    Dasar Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun-pekebun kecil bagi meningkatkan lagi hasil. Adalah menjadi fokus Jabatan Pertanian dengan memodenkan sektor pertanian dan perladangan bagi mengikut hasil dan pengeluaran bahan makanan:

     

    • Memperkenalkan serta mengganti pokok-pokok kelapa baka lama jenis Malayan Tall kepada pokok berhasil tinggi varieti baru jenis MATAG.
    • Mewujudkan program-program sokongan seperti:
      • Projek Pemulihan Kelapa
      • Promosi Kelapa Pandan
      • Mewujudkan industri hiliran
  2. Berapakah jumlah pekebun kecil kelapa dan keluasan tanah mereka yang masih belum menerima bantuan Kerajaan Negeri bagi tanaman semula kelapa?

    Keluasan yang masih belum menerima bantuan kelapa adalah dianggarkan seluas 2,800 hektar dengan bilangan petani yang terlibat seramai 1,600 petani.

     

  3. Apakah langkah Ð langkah dan bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pekebun kecil kelapa yang tanaman kelapa mereka telah diserang penyakit oleh makhluk perosak tanaman?

    Ketika berlaku wabak penyakit, pihak Jabatan akan bertindak dengan memastikan kaedah kawalan yang tepat dengan Amalan Pertanian Baik yang disyorkan. Langkahlangkah lain seperti kempen dan juga tunjuk ajar secara langsung akan diadakan bagi memastikan petani dapat mengawal penyakit atau serangan dari merebak. Antara perosak utama kelapa adalah Kumbang Tanduk (Astoma Cataract), penyakit hawar bebenang dan bintik daun. Sekiranya berlaku kes serangan yang serius, maka pihak Jabatan Pertanian akan membuat kawalan secara berkelompok dengan membekalkan peralatan dan racun penyembur.

Lampiran

Tiada Lampiran.