Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
211) PEKEBUN-PEKEBUN DI OLAK LEMPIT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat 13 orang pekebun telah mula bercucuk tanam di kawasan tersebut sejak 20 tahun dahulu. Kebelakangan ini terdapat pihak-pihak yang tertentu berniat untuk merampas tanah tersebut. Adakah kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membangunkan tanah tersebut? Jika ya, apakah rancangan tersebut?
Satu kawasan tanah kerajaan di Kg. Olak Lempit seluas lebih kurang 190 ekar telah diteroka oleh seramai 102 peneroka. Peneroka-peneroka tersebut telah mengusahakan tanah tersebut dengan tanaman kontan dan sayur-sayuran. Senarai peneroka dan jenis tanaman adalah seperti senarai di Lampiran A.
Pada ketika ini Kerajaan Negeri Selangor belum mempunyai rancangan khusus membangunkan kawasan tersebut. Adalah lebih baik kawasan tersebut dikekalkan sebagi kawasan pertanian berkelompok yang akan dikawal selia oleh Jabatan Pertanian. Dengan cara ini kawasan tersebut akan mudah dikawal dan di selenggara.
-
Bilakah rancangan tersebut akan dilaksanakan?
Rancangan kawasan pertanian berkelompok hanya dilaksanakan setelah mendapat ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.