Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

192) PEKAWANIS DAN BANTUAN KEMASYARAKATAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Atas peruntukan peraturan manakah, walaupun sebagai NGO, Pekawanis diberikan peranan utama dalam menyalurkan bantuan dari syarikat subsidiari kerajaan kepada rakyat?

    Untuk menjawab soalan ini saya bentangkan Perlembagaan PEKAWANIS untuk rujukan. Sila lihat lampiran I.

    Misi PEKAWANIS adalah untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat Negeri Selangor melalui Ilmu Pengetahuan dengan Mengutamakan Aspek Kebajikan. Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada usaha-usaha mana-mana NGO tidak terkecuali PEKAWANIS dalam urusan memberi bantuan kepada rakyat terutama sekali dalam membela rakyat fakir miskin yang terpinggir, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak yatim.

    PEKAWANIS telah memohon dengan justifikasi kertas kerja (proposal paper) dan memajukan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor setiap kali ia memerlukan sokongan dana seperti projek Bantuan Sumbangan sempena Perayaan, Projek Laman Dapur, Jejak Amal, Rumah Perlindungan Rumah Puteri Arafiah dan sebagainya.

  2. Apakah syarikat-syarikat subsidiari yang terlibat?

    Syarikat-syarikat subsidiari yang terlibat adalah;

    1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) iii) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
  3. Berapa jumlah yang telah disalurkan oleh MBI melalui Pekawanis?

    Sumbangan MBI setakat ini melalui PEKAWANIS berjumlah RM531,030.00.

    Lihat Jadual di lampiran II.

    LAMPIRAN I

    FASAL PERTUBUHAN BERKAITAN SOALAN.

    Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis). Selepas ini disebut “Pertubuhan”.

    Tujuan-tujuan Pertubuhan ini adalah seperti berikut:-

    1. Merapatkan hubungan silatulrahim di antara ahli-ahli;
    2. Mengumpul tabung kewangan melalui derma-derma, sumbangan atau kegiatan-kegiatan mengumpul dana (“fund-raising”) dengan syarat persetujuan mesyuarat agung serta mendapat kebenaran Pendaftar

    Pertubuhan dan pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu;;

    1. Menyalurkan sumbangan-sumbangan, derma-derma, hadiah-hadiah dan menjalankan aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan daripada tabung kewangan Pertubuhan;
    2. Menyalurkan pendapat kepada pihak berkuasa yang berkenaan

    berhubung dengan isu-isu kebajikan;

    1. Menyemai perasaan bertanggungjawab di dalam membina masyarakat penyayang, sanggup berkorban masa dan tenaga bagi mereka yang memerlukan;
    2. Menjalin pertalian rapat, perantaraan dan kerjasama dengan PertubuhanPertubuhan dan badan-badan lain di peringkat Negeri mahupun Negara secara keseluruhannya berhubung isu-isu kebajikan;
    3. Mengadakan kegiatan-kegiatan kebajikan yang difikirkan perlu berdasarkan kepada tujuan dan matlamat Pertubuhan yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Jawatankuasa Pentadbiran Majlis Tertinggi;
    1. KUASA-KUASA PERTUBUHAN.

    Pertubuhan ini mempunyai kuasa-kuasa seperti berikut:-

    1. Menerima pemberian,    derma,            sumbangan daripada        mana-mana

    Pertubuhan, Badan-badan, syarikat-syarikat atau orang perseorangan yang ingin mengembangkan tujuan-tujuan Pertubuhan ini;

    1. Menderma atau menyalurkan wang bagi melaksanakan tujuan penubuhan Pertubuhan mengikut cara yang dipersetujui dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
    2. Memiliki, membeli, memegang, menerima, menikmati hartalih mahupun takalih, memindahmilik , menyerahak, mencagar, menggadai-janji, menyerahak semula atau melupuskan sebaliknya bagi memajukan atau memakmurkan tujuan-tujuan Pertubuhan dengan syarat Pertubuhan tidak akan menggunakan kepentingan harta-harta tersebut untuk tujuan komersil;
    3. Memajukan mana-mana harta takalih samada kepunyaan Pertubuhan atau tidak yang sesuai bagi memajukan tujuan-tujuan Pertubuhan dengan syarat Pertubuhan tidak akan melibatkan diri di dalam aktiviti perniagaan;
    4. Memajukan menyokong atau membantu kemajuan mana-mana skim atau projek yang bertujuan untuk mendapatkan sumbangan atau derma bagi membantu atau mencapai tujuan-tujuan Pertubuhan;
    5. Memiliki harta tetap serta menubuhkan, mendirikan, membangunkan dan mengendalikan bangunan-bangunan atau tempat-tempat bagi tujuan kebajikan dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu.

    Keanggotaan Pertubuhan terdiri daripada mereka seperti yang berikut:

    1. Isteri Menteri Besar;
    2. Wanita yang dilantik sebagai Speaker, Timbalan Speaker, Ahli-ahli EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat dalam Negeri Selangor sahaja;
    3. Wanita yang dilantik sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dalam Negeri Selangor sahaja, atau
    4. Isteri-isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara dalam Negeri Selangor sahaja; atau
    5. Orang perseorangan yang dilantik melalui jemputan khas oleh Majlis Tertinggi sahaja.

     

    SUMBANGAN SEMPENA PERAYAAN DARI GLC

    TAHUN PERAYAAN PENAJA NO CEK RESIT JUMLAH DUN PENERIMA IBU TUNGGAL
    2008 RAYA PNSB 150857 628
    580 ANAK YATIM
    120 3 TAHFIZ
    2009 CNY KDEB 75800 22 440
    RAYA PNSB dibayar di PNSB 28 1340
    DEEP PKNS R0058 55000
    DEEP PNSB R0057 55000 30 1385
    2010 CNY PNSB R 0154 129000 38 1762
    RAYA PNSB R 0172 163000 50 500
    DEEPAVALI MBI 000486 R 0176 83230 25 653
    2011 CNY PNSB R 0177 88800 29 818
    RAYA MBI 068260 78000 26 780
    DEEPAVALI MBI 941980 105300 27 810
    2012 CNY PNSB 069821 R 0466 81900 21 630
    RAYA PNSB 85059 R 0485 96000 32 925
    DEEPAVALI PNSB 363897 R 088 93600 24 710
    2013 CNY PNSB 479634 R 0491 100400 26 770
    RAYA PNSB 997513 R0232 120900 31 930
    DEEPAVALI PNSB 997557 R 0236 163800 42 1260
    2014 CNY PNSB 997402 R  0237 136500 35 1050
    1,777,087.00 16,091

     

    Setakat Mac 2013 SUMBANGAN RPA Laman Dapur JUMLAH
    PNSB 864,957.00 0 864,957.00
    PKNS 55,000.00 511518.40 0 566,518.40
    KDEB 75,800.00 0 0 75,800.00
    MBI 266,530.00 90,000.00 174,500.00 531,030.00
    LZS 0 1,000.00 0 1,000.00
    MBPJ 0 1,000.00 0 1,000.00
    2,040,305.40

     

    PROJEK LAMAN DAPUR SUMBANGAN GERAN SELANGORKU
    TAHUN NO CEK RESIT JUMLAH PESERTA
    2012 17858 R0368 50000 18
    2013 18729 R0490 124500 42
    174500 60

     

     

    SENARAI SUMBANGAN RUMAH PUTERI ARAFIAH DARI 2011-2014

    TARIKH NO

    RESIT

    PERKARA RM CATATAN
    30-Sep-11 R0003 PKNS 2700.00 BAYARAN UBAHSUAI PAIP  TKT 1&2
    30-Sep-11 R0005 PKNS 1820.00 GAJI JARID BULAN JUN 2011
    30-Sep-11 R0006 PKNS 1700.00 GAJI JUMARIAH JUN 2011
    30-Sep-11 R0007 PKNS 1000.00 GAJI MIZAWATI BULAN JUN 2011
    1-Nov-11 R0008 PKNS 3913.30 GAJI JUMARIAH & JARID JULAI
    1-Nov-11 R0009 PKNS 3833.30 GAJI JUMARIAH & JARID OGOS
    1-Nov-11 R0011 PKNS 1136.65 GAJI MIZAWATI JULAI 2011
    1-Nov-11 R0012 PKNS 1136.65 GAJI MIZAWATI OGOS 2011
    1-Nov-11 R0013 PKNS 950.00 BAYARAN PEMASANGAN PAIP
    5-Dec-11 R0015 PKNS 1525.35 GAJI JARED SEP 2011
    5-Dec-11 R0016 PKNS 1910.65 GAJI JUMARIAH SEP 2011
    5-Dec-11 R0017 PKNS 1136.65 GAJI MIZAWATI SEPT 2011
    30-Dec-11 R0033 PKNS 1525.35 GAJI JARID OKT
    30-Dec-11 R0034 PKNS 1970.65 GAJI JUMARIAH OKT 11
    30-Dec-11 R0035 PKNS 1136.65 GAJI MIZAWATI OKT
    30-Dec-11 R0036 PKNS 2150.00 PEMASANGAN PAIP
    30-Dec-11 R0037 PKNS 4572.65 GAJI NOV- JARED, JUMAIRIAH, MIZAWATI
    4-Apr-12 R0158 PKNS 1136.65 GAJI MIZAWATI- DISEMBER 2011
    16-Apr-12 R0168 PKNS 1525.35 GAJI JARID- DIS 2011 (CEK 545536)
    16-Apr-12 R0169 PKNS 1525.35 GAJI JARID-JAN 2012 CEK 545537
    16-Apr-12 R0170 PKNS 1930.65 GAJI JUMARIAH  DIS 2011 CEK 545538
    16-Apr-12 R0171 PKNS 1970.65 GAJI JUMARIAH- JAN 2012 CEK 545539
    16-Apr-12 R0172 PKNS 1136.65 GAJI MIZAWATI-JAN 2012 CEK 545533
    16-Apr-12 R0173 PKNS 1146.65 GAJI MIZAWATI-FEB 2012 CEK 545534
    2 MEI 12 R0184 MBI 90,000.00 PENDAHULUAN KOS OPERASI 3 BULAN
    16 MEI 12 R0188 PKNS 1146.65 GAJI MIZAWATI MAC 2012 CEK 546913
    23 MEI 12 R0149 PKNS 8908.65 GAJI & ELAUN PENGAWAL FEB&MAC

    44489.80

    14-Jun-12 R0077 PKNS 5826.65 GAJI&ELAUN GUARDS APRIL 347,028.60
    14-Jun-12 R0078 PKNS 1146.65 GAJI MIZAWATI APR
    27/Jun/12 R0089 PKNS 5893.30 GAJI & ELAUN GUARDS MEI 2012
    27/Jun/12 R0090 PKNS 1146.65 GAJI MEI MIZAWATI
    13/Aug/12 R0207 PKNS 232,960.05 BANTUAN SUMBANGAN PERBELANJAAN RPA  2012
    27/Aug/12 R0214 LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 1000.00 SUMBANGAN KEM SMART SOLAT & KEM AQIDAH
    3 OKT 12 R0225 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 1000.00 SUMBANGAN
    8-Feb-13 R0266 PKNS 120,000.00 BANTUAN SUMBANGAN PERBELANJAAN RPA JAN APRIL 2013 120,000.00
    16-Apr-13 R0295 LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 1736.00 PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH DI RPA
    10-Jun-13 R0324 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 10,000.00 SUMBANGAN AR RIQOB
    22-Jul-13 R0350 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 1875.00 SUMBANGAN UNTUK PROGRAM RPA
    3-SEPT-13′ R0366 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 5000.00 IMAM TERAWEH DAN SUPPER RAMADHAN 2013
    3-SEPT-13′ R0367 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 1450.00 TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM KE PERPUSTAKAAN
    06-DIS-13′ R0449 PKNS 160,745.43 KOS OPERASI RPA (JUN-DIS 2013) NO CHQ: 573654
    20-DIS-13′ R0459 EXCO-YB RODZIAH ISMAIL 4650.00 PROGRAM SEMINAR PERLINDUNGAN REMAJA, NO CHQ:867582
    18/Dec/13 R0476 PEJABAT MENTERI BESAR 100,000.00 SUMBANGAN
    12/Feb/14 R0495 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 1000.00 PROGRAM AMAL ISLAMI RPA
    12/Feb/14 R0496 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 51,406.00 SUMBGN KOS OPERASI JUL, OGOS, SEPT 2013 (456445)

    851,380.83

    Setakat Mac 2013

    PKNS 511,518.40 MBI 90,000.00

    LZS                                              1,000.00

    MBPJ                                          1,000.00

     

    Setakat

    Mac

    2013

    PKNS 511,518.40
    MBI 90,000.00
    LZS 1,000.00
    MBPJ 1,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.