Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
115) PEJABAT TANAH PETALING
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan Jalan Harapan tidak dapat dilaksanakan?
Pejabat Daerah Tanah Petaling ini telah menerima permohonan Pengambilan Tanah daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi tujuan Cadangan Pembinaan Jalan Harapan (14/47) dan lain-lain kerja berkaitan dari Bulatan Jalan Universiti dengan Jalan Semangat ke Jalan Damansara, Petaling Jaya .Untuk makluman, Pentadbiran ini sedang dalam proses untuk mendapatkan ulasan dari jabatan-jabatan teknikal antaranya dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Sehingga kini, pentadbiran ini telah menerima ulasan dari Jabatan Kerja Raya bertarikh 7 Mei 2015.
Seterusnya, setelah mendapat ulasan dari kesemua jabatan teknikal pentadbiran ini akan menyediakan satu kertas ringkasan bagi tujuan kelulusan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil.
-
Mengapakah semua kes penguatkuasaan tanah di DUN Damansara Utama lama tidak dapat diselasaikan?
Berdasarkan kepada aduan yang direkodkan oleh Unit Penguatkuasa Pejabat Daerah Tanah Petaling bagi kawasan DUN Damansara Utama hanya terdapat dua (2) aduan mengenai penguatkuasaan tanah yang diterima iaitu:
No.Fail Jenis aduan Status terkini P.T.P 3A(SGB) 27/13 Aktiviti perniagaan dan stor simpanan barang di bawah Talian Rentis TNB di Kampung Chempaka Damansara Aktiviti yang berjalan adalah aktiviti perniagaan dan stor simpanan barang, terdapat sebanyak 14 struktur binaan yang telah didirikan di dalam kawasan simpanan rizab rentis TNB. Notis terakhir yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Tanah Petaling adalah pada 6 Januari 2014 dan mesyuarat terakhir yang dijalankan adalah pada 25 September 2014. Penguatkuasaan tidak dijalankan adalah kerana kawasan mempunyai potensi yang tinggi untuk dicerobohi semula sekiranya tiada sebarang cadangan untuk menggunakan tanah tersebut oleh mana-mana jabatan kerajaan bagi membantu pengawalan pencerobohan secara berterusan. Pemasangan pagar berduri tidak mencukupi sebagai kaedah kawalan kerana kawasan adalah berdekatan dengan kawasan penduduk. P.T.P 3A(DM) 15/14 Aktiviti Simpanan lori-lori kumbahan di atas di jalan SS 4C/22 Aktiviti yang berjalan adalah aktiviti simpanan lori-lori kumbahan, disyaki sisa kumbahan dibuang secara terus ke dalam sistem saliran berdekatan. Hasil semakan mendapati bahawa aktiviti berjalan di atas tanah hakmilik Golden City Development Sdn. Bhd bernombor lot 47, 48, 49, 50, 51 dan 52 dengan jumlah luas keseluruhan kawasan berjumlah 2019 meter persegi. Pejabat Daerah Tanah Petaling tidak dapat mengambil tindakan penguatkuasaan kerana status tanah adalah berstatus hakmilik -
Sila nyatakan status kesemua permohonan geran tanah di Kampung Chempaka. Sila nyatakan sebab-sebab permohonan tertunggak.
Berdasarkan semakan yang dilakukan bermula dari tahun 2011 sehingga Julai 2015, sebanyak 105 jumlah permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah telah diterima oleh Pejabat Daerah Tanah Petaling. Daripada keseluruhan jumlah permohonan tersebut sebanyak 58 permohonan telah diluluskan manakala 6 permohonan telah ditolak atas alasan-alasan tertentu. Justeru itu, baki permohonan yang belum mempunyai kelulusan masih dalam tindakan Pentadbiran ini. Keseluruhan 43 permohonan ini diproses secara berkelompok dan Pentadbiran ini masih menunggu ulasan dari Jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan sebelum kertas ringkasan dapat dikemukakan untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN). Justeru itu, bagi menangani masalah ini, Pejabat Daerah Tanah Petaling telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tanah secara berkala bagi mempercepatkan proses sedia ada.