Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

270) PEJABAT TANAH DAN GALIAN SABAK BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kutipan terhadap tanah-tanah TOL dari tahun 2008 hingga 2015?

    1. Jumlah kutipan bagi tanah-tanah TOL dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti di Jadual di

     

    TAHUN JUMLAH

    (RM)

    2008 140,765.67
    2009 124,898.00
    2010 200,679.00
    2011 118,683.00
    2012 6,137.00
    2013 0
    2014 3,076.00
    2015

    (sehingga 30 September)

    26,172.00
    Jumlah Keseluruhan 620,410.67

     

  2. Nyatakan status tanah TOL yang boleh disewa dan tidak boleh disewa

    Berdasarkan Pekeliling PTGS Bilangan 4/2015, Kerajaan Negeri hanya menyediakan garis panduan Lesen Pendudukan Sementara di atas tanah rizab Kerajaan bagi aktiviti-aktiviti seperti berikut:

    • Tapak semaian / tapak jualan pokok hiasan
    • Tanaman kontan
    • Pondok pengawal
    • Papan iklan (billboard)
    • Tempat meletak kereta

     

Lampiran

Tiada Lampiran.