Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
300) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kos pengurusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermula pada tarikh dibuka sehingga pejabat tersebut diarahkan tutup?
Jumlah kos pengurusan program di bawah Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dari tahun 2010 sehingga tahun 2014 adalah berjumlah RM547,768.41.
-
Senaraikan jawatan kerja yang berkhidmat di pejabat ini dan jumlah gaji yang dibayar kepada mereka?
Hanya seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor (OSEA) iaitu Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor (OSEA). Gaji dan elaun adalah satu maklumat yang rahsia serta persendirian untuk didedahkan. Namun pihak YB. ADN boleh mengemukakan permohonan secara rasmi kepada pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat tersebut sekiranya