Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

30) PEJABAT MPS JALAN PEKAN, BATU ARANG

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kini berkenaan pejabat MPS di Jalan Pekan, Batu Arang?

    Untuk makluman Yang Berhormat Rawang, status semasa tanah berkenaan masih lagi di bawah tanah kerajaan kerana tiada sebarang pewartaan bagi lokasi tersebut. Semakan yang dibuat di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mendapati, tapak berkenaan telah dicatatkan sebagai tapak Pejabat Daerah MPS. Walau bagaimanapun, ianya hanyalah pemakluman sahaja dan bukannya pengesahan bahawa tapak berkenaan milik Majlis.

  2. Apakah tindakan akan diambil oleh MPS terhadap penceroboh yang menduduki pejabat MPS di Jalan Pekan, Batu Arang?

    Memandangkan tanah tersebut masih lagi berstatus tanah kerajaan, maka tindakan penguatkuasaan yang boleh di ambil adalah di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Gombak melalui Seksyen 425 KTN (Pendudukan secara tak sah, dll., tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan).

  3. Apakah rancangan bagi kegunaan pejabat MPS di Jalan Pekan, Batu Arang?

    Buat masa ini, tiada sebarang perancangan oleh Majlis bagi tapak berkenaan kerana status Batu Arang yang terletak di dalam Bandar Warisan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan bagi tapak tersebut, kerja – kerja pengukuran bagi tujuan warta akan dibuat dan dimasukkan di dalam RT Khas Kawasan Batu Arang (Pelancongan) untuk dijadikan tapak Bangunan Pejabat yang mana ianya akan dinyatakan di dalam warta bahawa Majlis Perbandaran Selayang sebagai pegawai penyelenggara

Lampiran

Tiada Lampiran.