Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

155) PEJABAT MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kakitangan Pejabat Menteri Besar?

    Berdasarkan maklumat perjawatan yang dikemas kini sehingga 8 November 2013, jumlah keseluruhan anggota yang berkhidmat di Pejabat Menteri Besar adalah seramai 31 orang termasuk tetap, kontrak dan sambilan. Perincian jumlah anggota dijelaskan di jadual berikut:

     

     

    Bil.

     

    Jabatan

    Anggota
    Taraf (Tetap / Kontrak) Bilangan
    A. UNIT PENTADBIRAN
    1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M44/M48/M52 Tetap 1
    2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 22 (KUP) Tetap 1
    3. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Tetap 1
    4. Pembantu Tadbir (P/O) N17 (KUP) Tetap 2
    5. Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N17 Tetap 1
    6. Sarjen/Koperal, Gred YY6/YY4 Tetap 1
    6. Pemandu Kenderaan, Gred R3 (Kontrak) Kontrak 1
    7. Pembantu Am Pejabat, Gred N1 (Kontrak) Kontrak 1
    8. Pekerja Sambilan Harian Sambilan 1
      Jumlah 10

     

     

    Bil.

     

    Jabatan

    Anggota
    Taraf (Tetap / Kontrak) Bilangan
    B. UNIT PERKHIDMATAN
    1. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N27 Kontrak 1
    2. Pembantu Tadbir (P/O), Gred N22 Kontrak 1
    3. Pembantu Tadbir (P/O), Gred N17/N22 Tetap 2
    4. Pembantu Tadbir (P/O), Gred N17 (Kontrak) Kontrak 2
    5. Pembantu Penguat kuasa, Gred N17 (Kontrak) Kontrak 3
    6. Pemandu Kenderaan, Gred R6 Tetap 1
    7. Pembantu Am Pejabat, Gred N4 Tetap 2
    7. Pemandu Kenderaan, Gred R3 Tetap 2
    8. Pemandu Kenderaan, Gred R3 (Kontrak) Kontrak 1
    9. Pembantu Am Pejabat, Gred N1 Tetap 1
    10. Pekerja Sambilan Harian (Sambilan) Sambilan 1
      Jumlah 17
    C. UNIT MEDIA
    1. Setiausaha Akhbar, Gred S41 Kontrak 1
    2. Pereka Set/Juru Foto, Gred B17 Kontrak 1
    3. Pembantu Tadbir (P/O), Gred N17/N22 Kontrak 1
      Jumlah 3
    D. UNIT KEWANGAN
    1. Pembantu Tadbir (Kew.) Gred W17 Tetap 1
      Jumlah 1
     

    JUMLAH KESELURUHAN

       

    31

     

  2. Bagaimanakah cara pelantikan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri, Setiausaha Politik dan Akhbar serta Pegawai-Pegawai Khas (Lantikan Kontrak)?

    Pelantikan Setiausaha Politik adalah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang menyatakan bahawa Y.A.B. Dato’ Menteri Besar boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk menjadi seorang Setiausaha Politik. Seseorang yang dilantik menurut kuasa perkara ini:

     

    1. boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa; dan
    2. tertakluk kepada perenggan (i), hendaklah memegang jawatan sehingga masa pelantikannya ditamatkan oleh Menteri

     

    Sebelum seseorang Setiausaha Politik menjalankan fungsi jawatannya, beliau hendaklah mengangkat sumpah dan menandatangani di hadapan Menteri Besar berkaitan penyimpanan rahsia rasmi. Tugas dan fungsi seseorang Setiausaha Politik dan saraannya hendaklah ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Elaun dan kemudahan Setiausaha Politik adalah berdasarkan kepada Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 (Pindaan) 2002.

     

    Walaupun tiada peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 mengenai kaedah pelantikan secara spesifik bagi jawatan Setiausaha Akhbar dan Pegawai-Pegawai Khas (Lantikan Kontrak), kaedah pelantikan juga dilaksanakan atas persetujuan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar bagi mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk melaksana fungsi berkenaan. Fungsi Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri kini diselaraskan di bawah Setiausaha Akhbar di Pejabat Menteri Besar.

Lampiran

Tiada Lampiran.