Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

55) PEJABAT MCA DAN TADIKA DI JALAN PJS 7/13

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah MCA boleh membina sebuah pejabat dan tadika memandangkan mereka hanya mempunyai lesen menduduki sementara?

    Kegunaan bagi tapak tersebut adalah merupakan tapak rezab agama mengikut pelan
    susunatur yang telah diluluskan pada 5 Julai 1996 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
    Pihak Majlis (MPSJ) tidak mempunyai rekod samada bangunan tersebut mempunyai
    kelulusan atau tidak.

  2. Sudahkah mereka menghantar permohonan untuk kelulusan pelan bangunan?

    Belum

  3. Adakah Sijil Layak Menduduki bangunan diberi kepada mereka memandangkan bangunan tersebut digunakan sebagai tadika?

    Tiada permohonan untuk kelulusan pelan bangunan diterima oleh Jabatan Bangunan
    MPSJ. Tiada Sijil Layak Menduduki dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.