Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

274) PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pegawai penguatkuasa di seluruh Pejabat Daerah dan Tanah serta di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor?

    Berdasarkan sumber rasmi daripada data Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia 2.0 atau Human Resource Management Information System 2.0 (HRMIS 2.0) pada 16 November 2021 jumlah keseluruhan Pegawai Penguatkuasa di semua Pejabat Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seramai 2,425 orang.

    Pecahan lantikan Pegawai Penguatkuasa di Pejabat Daerah dan Tanah adalah seramai 183 orang dan 2,242 orang Pegawai Penguatkuasa di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

     

     

    Maklumat tambahan

    Jadual 1: Pecahan Jumlah Pegawai Penguatkuasa di Pejabat Daerah dan Tanah berdasarkan taraf lantikan adalah seperti berikut:

    Bil. Jabatan/ Agensi Lantikan Tetap Lantikan Kontrak Jumlah
    1. Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak

     

    8 11 19
    2. Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat

     

    8 13 21
    3. Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor

     

    8 12 20
    4. Pejabat Daerah Dan Tanah Klang

     

    9 19 28
    5. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat

     

     

    9 11 20
    6. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor

     

    8 11 19
    7. Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling

     

    8 12 20
    8. Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam

     

    8 9 17
    9. Pejabat Daerah Dan Tanah Sepang

     

    8 11 19
    JUMLAH 74 109 183

     

     

    Manakala jumlah keseluruhan Pegawai Penguatkuasa di PBT adalah seramai 2,242 orang. Jumlah Pegawai Penguatkuasa daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) adalah seramai 39 orang dan jumlah Pegawai Penguatkuasa bagi Kumpulan Pelaksana seramai 2,203 orang. Berikut adalah pecahan jumlah Pegawai Penguatkuasa di PBT berdasarkan taraf lantikan dan Kumpulan Perkhidmatan.

    Jadual 2: Pecahan Jumlah Pegawai Penguatkuasa di PBT berdasarkan taraf lantikan dan Kumpulan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

    Bil. Jabatan/ Agensi Kumpulan P&P Kumpulan Pelaksana

     

    Jumlah
    Tetap Kontrak Tetap  

    Kontrak

     

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam

     

    5 1 137 171 314
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya

     

    4 5 278 161 448
    3. Majlis Bandaraya Subang Jaya

     

    5 2 165 133 305
    4. Majlis Perbandaran Klang 3  – 206 81

     

    290
    5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya

     

    2  – 138 62 202
    6. Majlis Perbandaran Selayang

     

    2 1 119 31 153
    7. Majlis Perbandaran Kajang

     

    4  – 120 15 139
    8. Majlis Perbandaran Sepang 3  – 66 78 147
    9. Majlis Perbandaran Kuala Langat 1  – 47 18 66
    10. Majlis Perbandaran Kuala Selangor

     

     – 1 59 5 65
    11. Majlis Perbandaran Hulu Selangor

     

     – 62 10 72
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam

     

     –  – 41 41
    JUMLAH 29 10 1438 765

     

    2,242

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.