Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
66) PEJABAT AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos pengurusan (overhead) bulanan setiap buah pejabat ahli majlis yang ditanggung oleh PBT?
Kos pengurusan bulanan bagi setiap pejabat Ahli Majlis adalah seperti
berikut:-
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH PERUNTUKAN (SEBULAN)(RM)
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 2,415.38 2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2,274.00 3 Majlis Perbandaran Klang 2,500.00 4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2,500.00 5 Majlis Perbandaran Subang Jaya 1,330.00 6 Majlis Perbandaran Selayang 2,500.00 7 Majlis Perbandaran Kajang 1,750.00 8 Majlis Perbandaran Sepang 1,840.70 9 Majlis Daerah Kuala Selangor 1,000.00 10 Majlis Daerah Hulu Selangor Tiada 11 Majlis Daerah Kuala Langat 1,000.00 12 Majlis Daerah Sabak Bernam 1,000.00 Kos tersebut merangkumi kos sewaan pejabat, kos pembayaran gaji kakitangan dan juga kos utiliti. Walau bagaimanapun, sekiranya pejabat Ahli Majlis berkenaan di tempatkan di bangunan milik PBT, kos sewaan akan diserapkan kembali ke dalam akaun PBT.
-
Berapakah elaun bulanan seorang ahli Majlis PBT?
Elaun bulanan setiap Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN ELAUN ELAUN MESYUARAT(RM) TETAP (RM) 1 Majlis Bandaraya 750.00 150.00 2 Majlis Perbandaran 750.00 100.00 3 Majlis Daerah 500.00 100.00 Jumlah pendapatan seseorang Ahli Majlis adalah dikira berdasarkan bilangan mesyuarat yang dihadiri dan pemberian elaun tetap pada setiap bulan.