Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
90) PEGAWAI PENJAWAT AWAM KONTRAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan penjawat awam kontrak pelbagai peringkat bagi setiap jabatan? Senaraikan.
Berdasarkan rekod Sistem HRMIS sehingga 21 Oktober 2017, terdapat seramai 5,639 orang penjawat awam lantikan kontrak pelbagai jawatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sepertimana dalam
LAMPIRAN
BILANGAN PENJAWAT AWAM KAKITANGAN KONTRAK DI PENTADBIRAN SUK NEGERI SELANGOR Bil
Unit Organisasi
Bilangan Pemilik Kompetensi 1 MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 796 2 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 679 3 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 645 4 JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 484 5 PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) 437 6 MAJLIS PERBANDARAN KLANG 406 7 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 336 8 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 278 9 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR 237 10 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 220 11 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 219 12 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR 94 13 PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR 78 14 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR 70 15 MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 63 16 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR 62 17 LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR 62 18 PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR 51 19 LEMBAGA URUS AIR SELANGOR 49 20 JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR 40 21 PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING 39 22 MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 37 23 PEJABAT DYMM SULTAN SELANGOR 37 Bil
Unit Organisasi
Bilangan Pemilik Kompetensi 24 PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR 36 25 PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU LANGAT 22 26 PEJABAT DAERAH DAN TANAH GOMBAK 19 27 PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR 18 28 PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT 17 29 PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG 16 30 PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR 15 31 PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG 15 32 PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM 13 33 JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR 11 34 MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 11 35 JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR 8 36 JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR 6 37 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR 4 38 JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR 4 39 JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR 3 40 PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR 1 41 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR 1 42 PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR 0 JUMLAH KESELURUHAN 5,639 -
Di Jabatan manakah bilangan 5 tertinggi penjawat awam kontrak ini?
Berdasarkan rekod Sistem HRMIS sehingga 21 Oktober 2017, lima (5) jabatan yang mempunyai jumlah penjawat awam yang tertinggi adalah seperti berikut :
Bil Jabatan Jumlah 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 796 2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 679 3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 645 4 Jabatan Agama Islam Selangor 484 5 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 437 -
Apakah halangan yang dikenal pasti untuk menyerap mereka kepada jawatan tetap?
Antara halangan yang dikenal pasti untuk menyerap penyandang lantikan kontrak ke jawatan tetap adalah seperti berikut :
- Tidak mematuhi kelayakan skim yang sedang berkuat kuasa. Contohnya terdapat penyandang lantikan kontrak di Kumpulan
Pelaksana yang hanya memiliki kelayakan akademik Darjah 6 sedangkan kelayakan akademik minimum ketika ini bagi Kumpulan Pelaksana adalah Penilaian Menengah Rendah (PMR).
- Kekangan perjawatan tetap di mana terdapat jabatan yang mempunyai jumlah penyandang lantikan kontrak yang hampir sama dengan jumlah perjawatan tetap terutamanya di Pihak Berkuasa Tempatan.
- Terdapat jawatan kontrak yang diwujudkan adalah khusus untuk sesuatu tugas dan tidak boleh diisi oleh pelantikan tetap. Oleh itu, penyandang lantikan kontrak tersebut tidak boleh dilantik tetap kerana tiada keperluan dan tidak wujud perjawatan tetap di sesuatu jabatan
- Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengguna pakai Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung Panduan Pengambilan Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) untuk Tujuan Pelantikan Secara Tetap yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Dasar ini menetapkan bahawa pegawai lantikan secara kontrak perkhidmatan (Contract of Service) yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap mulai 1 Julai 2016 tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, dasar ini hanya terpakai kepada pegawai/kakitangan yang dilantik secara kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015 sahaja dan tidak terpakai kepada lantikan selepasnya.