Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
205) PEGAWAI KONTRAK
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kami difahamkan bahawa ramai yang berkhidmat lebih lima tahun dalam agensiagensi kerajaan masih memegang jawatan sebagai pegawai (staff) kontrak. Apakah syarat-syarat bagi memastikan seorang pekerja itu diterima dalam jawatan tetap( permanent)?
Bagi permohonan jawatan tetap, individu yang berkenaan haruslah mematuhi semua syarat-syarat kelayakan skim perkhidmatan yang dipohon. Syarat-syarat yang lain juga terkandung di dalam peruntukan Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Namun begitu, syarat-syarat ini adalah berbeza mengikut skim perkhidmatan dan gred jawatan yang dipohon.
Bagi jawatan Pengurusan Dan Profesional, individu terbabit mestilah mengemukakan permohonan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA). Manakala bagi jawatan skim sokongan, permohonan hendaklah dibuat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.
-
Apakah alasan-alasan untuk tidak menawarkan jawatan kekal pada mereka yang berkhidmat lama dengan agensi-agensi ini.
Bagi masalah kakitangan berstatus lantikan kontrak, mereka ini adalah kumpulan kakitangan yang dilantik sebagai tambahan kepada waran perjawatan sedia ada. Memandangkan waran perjawatan sedia ada telah penuh di isi maka kumpulan kakitangan lantikan secara kontrak diambil untuk menampung beban tugas yang semakin bertambah.
Namun begitu, kakitangan lantikan kontrak boleh memohon jawatan tetap jika terdapat kekosongan waran perjawatan.