Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

150) PEGAWAI KERAJAAN KONTRAK

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlahnya dan jabatan dan majlis bandaran / perbandaran mana?

    Jumlah pegawai bertaraf kontrak (Contract of Service) di jabatan / agensi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sehingga 31 Mei 2012 adalah seramai 3,665 orang (17% daripada jumlah keseluruhan warga kerja) dan pecahan jumlah mengikut jabatan / agensi adalah seperti berikut:

    BIL   JABATAN   JUMLAH
    1 Pejabat DYMM Sultan Selangor 27
    2 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 130
    3 Perbendaharaan Negeri Selangor 66
    4 Pejabat Tanah dan Galian Selangor 56
    5 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 3
    6 Jabatan Mufti Negeri Selangor 11
    7 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 4
    8 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor 9
    9 Jabatan Agama Islam Selangor 453
    10 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 2
    11 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri 7

     

    BIL   JABATAN   JUMLAH  
      Selangor    
    12 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 3  
    13 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor 19  
    14 Pejabat Daerah/Tanah Petaling 14  
    15 Pejabat Daerah/Tanah Gombak 24  
    16 Pejabat Daerah/Tanah Klang 12  
    17 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat 9  
    18 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat 10  
    19 Pejabat Daerah/Tanah Sepang 8  
    20 Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor 11  
    21 Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor 13  
    22 Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam 8  
    23 Majlis Bandaraya Shah Alam 466  
    24 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 418  
    25 Majlis Perbandaran Klang 374  
    26 Majlis Perbandaran Subang Jaya 474  
    27 Majlis Perbandaran Kajang 23  
    28 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 83  
    29 Majlis Perbandaran Selayang 258  
    30 Majlis Perbandaran Sepang 60  
    31 Majlis Daerah Kuala Langat 51  
    32 Majlis Daerah Kuala Selangor 83  
    33 Majlis Daerah Sabak Bernam 64  
    34 Lembaga Urus Air Selangor 19  
    35 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 20  
    36 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 38  
    37 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 34  
    38 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 23  
    39 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 278  
      BIL   JABATAN   JUMLAH
        JUMLAH KESELURUHAN  
        3665
  2. Apakah kemudahan yang layak diterima?

    Seseorang pegawai kontrak layak diberi elaun dan kemudahan tertentu seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran L, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008. Pegawai juga layak diberi sebarang elaun dan kemudahan baru yang dipanjangkan kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Contoh elaun dan kemudahan yang diterima adalah seperti berikut:

    Bil.   Elaun / Kemudahan
    1 Imbuhan Tetap Khidmat Awam
    2 Imbuhan Tetap Perumahan
    3 Imbuhan Tetap Keraian
    4 Bantuan Sara Hidup
    5 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
    6 Bayaran Insentif Pakar
    7 Elaun Dan Bayaran Semasa Bertukar Atau Berpindah Rumah
    8 Elaun Menjalankan Tugas Rasmi
    9 Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Negeri
    10 Rawatan Perubatan Percuma Di Klinik/ Hospital Kerajaan
    11 Rawatan Perubatan Percuma Di Luar Negeri (pesara yang menerima pencen)
    12 Kemudahan Tambang Perjalanan
    13 Pinjaman Kenderaan/ Komputer
    14 Rumah Kediaman/ Kuarters
    15 Elaun Perumahan Wilayah (bagi warganegara sahaja)
    Bil.   Elaun / Kemudahan
    16 Bayaran Lebih Masa (bagi Kumpulan Sokongan)
    17 Cuti Rehat
    18 Cuti Sakit
    19 Cuti Haji
    20 Cuti Bersalin
    21 Cuti Tanpa Gaji

    Pemberian elaun dan kemudahan hendaklah mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Pegawai  juga  layak  diberi  elaun  dan  kemudahan  baru yang  dipanjangkan  kepada pegawai kontrak mengikut peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

  3. Apakah syarat-syarat yang dikuatkuasakan ramai yang bekerja lebih 10 tahun masih dalam kontrak?

    Pada asasnya, perkhidmatan pegawai / kakitangan lantikan secara kontrak ini diselaras berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 yang mana pegawai-pegawai yang berkenaan tidak diberikan jaminan untuk dilantik atau diserap ke jawatan Tetap selepas berkhidmat di sesuatu jawatan (dalam suatu tempoh masa tertentu).

    Dalam usaha membantu perkembangan kerjaya dan kebajikan pegawai / kakitangan sedia ada yang telah lama berkhidmat di Jabatan / Agensi Pentadbiran Kerajaan Negeri, maka Pentadbiran ini mengemukakan butiran maklumat lengkap mereka ke Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk diberikan keutamaan / pertimbangan dipanggil menghadiri sesi temuduga jawatan dalam setiap siri lantikan. Selain prestasi semasa sesi temuduga berkenaan, pemberat lain yang dipertimbangkan adalah prestasi kerja tahunan (tiga (3) tahun terkebelakang) dan perakuan Ketua Jabatan juga diambilkira.

    Pentadbiran Kerajaan Negeri mengambil pendekatan sentiasa menjaga kebajikan semua pegawai / kakitangan kontrak ini di mana perkhidmatan pegawai / kakitangan tidak terjejas selagimana pegawai mampu memberikan sumbangan yang signifikan pada Jabatan, prestasi kerja yang cemerlang dan perilaku yang terpuji sebagai penjawat awam. Perkhidmatan pegawai / kakitangan kontrak hanya akan ditamatkan atau tidak dilanjutkan sekiranya terdapat prima facie atau pembuktian yang jelas mereka terlibat dalam salahlaku yang bertentangan dengan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa atau tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik.

    Dalam aspek pembangunan kerjaya pegawai / kakitangan sedia ada yang telah lama berkhidmat dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pentadbiran ini menimbang kenaikan pangkat bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun (dilantik ke Gred Kenaikan Pangkat).

Lampiran

Tiada Lampiran.