Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

154) PEGAWAI DAN JAWATANKUASA MASJID

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua pemegang tauliah pegawai dan jawatankuasa masjid yang dilantik oleh pihak JAIS mengikut masjid dan daerah?

    Bilangan pemegang tauliah Pegawai dan Jawatankuasa Masjid yang dilantik mengikut daerah seperti berikut:

    BIL DAERAH JUMLAH
    1.      Petaling 1886
    2.      Sepang 598
    3.      Hulu Selangor 552
    4.      Klang 1058
    5.      Kuala Selangor 1311
    6.      Sabak Bernam 1081
    7.      Gombak 959
    8.      Hulu Langat 1150
    9.      Kuala Langat 759
    JUMLAH 9384
  2. Apakah kriteria dan justifikasi pelantikan mereka bagi jawatan tersebut?

    Kriteria dan justifikasi pelantikan adalah seperti berikut:

    1. Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
    2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia dan seorang yang bermastautin atau bermukim yang lazimnya tinggal tetap dalam kariah masjid. Peruntukan ini dikekalkan dan dijadikan salah satu kriteria utama.
    3. Tidak menganggotai mana-mana jawatan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah bagi masjid yang lain.
    4. Boleh membaca, menulis dan mengira.
    5. Bagi jawatan Nazir, kelayakan akademik minima ialah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma dan ke atas.
    6. Calon Nazir hendaklah mampu mengetuai halaqah-halaqah yang melibatkan jawatankuasa dan jemaah di samping mampu mengimamkan sembahyang, menyampaikan khutbah serta mengetuai majlis tahlil.
    7. Bagi jawatan Setiausaha, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang kesetiausahaan dan pentadbiran.
    8. Bagi jawatan Bendahari, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki ilmu dan berkemahiran dalam bidang Pengurusan Kewangan.
    9. Bagi jawatan Imam, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki Sijil Pelajaran Agama (SPA), mahir dalam bacaan Al-Quran dan mahir dalam hal ehwal Agama Islam.
    10. Calon-calon lain hendaklah terdiri dari mereka yang berlatarbelakangkan pengalaman dan pelbagai bidang kemahiran.
    11. Calon tidak disabitkan dengan kesalahan dalam mana-mana mahkamah sivil atau mahkamah syariah atau muflis.
    12. Mempunyai pengetahuan Agama Islam dan lazim melibatkan diri di dalam aktiviti masjid.
    13. Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah serta selalu membuat amal kebajikan.
    14. Sihat tubuh badan dan mental.
    15. Mempunyai daya kepimpinan.
    16. Sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah dan menunjukkan ciri-ciri kreatif serta sering membawa idea-idea baru untuk meningkatkan kemajuan masjid.

Lampiran

Tiada Lampiran.