Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

234) PEGANGAN PERMIT PENGGUNAAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tanah rizab dan hutan simpan di Negeri Selangor yang diberikan Pegangan Permit Penggunaan individu dan syarikat-syarikat sehingga Mei 2024?

    Status terkini Pegangan Permit Penggunaan di Negeri Selangor yang diluluskan kepada individu dan syarikat-syarikat sehingga Mei 2024 masih lagi berstatus hutan simpanan kekal.

  2. Adakah tempoh pajakan sepuluh (10) tahun,ada yang memohon untuk sambung semula selepas tamat tempoh Pegangan Permit Penggunaan tersebut serta senaraikan individu atau syarikat yang memohon untuk menyambung lagi tempoh pajakan?

    Sebanyak tiga syarikat (3) telah diluluskan Permit Penggunaan di kawasan Hutan Simpan Sungai Karang dan masih berkuatkuasa sehingga kini.

  3. Senaraikan jumlah permohonan tanah Kerajaan Negeri yang telah dikeluarkan Pegangan Permit Penggunaan serta individu dan syarikat yang memohon dalam tempoh 15 tahun ini?

    Status permohonan tanah Kerajaan Negeri adalah di luar bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.