Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
124) PEDULI SISWA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramai penerima Peduli Siswa Universiti Tempatan. Senaraikan mengikut universiti?
Berikut merupakan jumlah penerima dan anggaran jumlah perbelanjaan tahunan Peduli Siswa bagi Sesi Pertama tahun 2017 mengikut pecahan universiti:
UNIVERSITI JUMLAH PENERIMA Universiti Teknologi MARA Kampus Selangor 189 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 102 Universiti Putra Malaysia 53 Universiti Kebangsaan Malaysia 80 Jumlah Keseluruhan 424 -
Berapa ramai penerima Peduli Siswa Timur Tengah. Senaraikan mengikut Negara Jordan, Mesir dan Moroco?
Proses penyaluran bantuan kepada penerima Peduli Siswa Timur Tengah telah dibuat secara berperingkat bermula 29 April 2017. Sehingga akhir Jun 2017, Urus Setia telah membuat bayaran kepada 443 pelajar seperti pecahan di bawah:
NEGARA PENERIMA Jordan 38 Mesir 400 Morocco 5 Jumlah Keseluruhan 443 Seramai 520 pelajar dalam pertimbangan Lembaga TKWBNS untuk menerima bantuan khas Siswa Selangor yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1,182,000.00.
-
Berapa kos keseluruhan untuk skim ini telah dibelanjakan?
Sehingga 30 Jun 2017, Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa telah membelanjakan sebanyak RM1,227,297 bagi pelaksanaan Program Khas Peduli Siswa dalam negara dan sebanyak RM1,187,500 untuk Bantuan Khas Siswa Selangor (Timur Tengah).
Bantuan Khas Siswa Selangor kepada pelajar Timur Tengah adalah secara oneoff dan dibayar secara berperingkat kepada penerima bermula April 2017.
Bagi penerima Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Peduli Siswa dalam negara pula, pembayaran dibuat sebanyak 2 kali setahun sehingga pelajar tamat pengajian mengikut kadar seperti berikut:
Peringkat Pengajian Kadar Setahun (RM) Diploma 4,900 Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai) 6,500 Ijazah Perubatan 7,000