Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
143) Peduli Sihat Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah penerima Kad Peduli Sihat selepas pensejajaran semula mengikut kawasan DUN bagi tahun 2020?
Penerima Skim Insurans Peduli Sihat Selangor tahun 2020
-
Nyatakan jumlah yang dapat dijimatkan selepas pensejajaran semula bagi tahun 2019 dan 2020?
Selepas penjajaran program Skim Peduli Sihat (SPS) pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah merekodkan penjimatan sebanyak RM12,713,553.66 berbanding tahun 2018. Namun yang demikian, bermula April 2020, Skim Peduli Sihat (SPS) telah ditambah baik kepada program berasaskan insurans dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS). Melalui penjenamaan semula ini, pemegang polisi akan menerima faedah tambahan selain daripada rawatan pesakit luar seperti perlindungan asas disebabkan kematian, cacat kekal, penyakit kritikal, khairat kematian dan suntikan imunisasi. Bagi membolehkan pemegang polisi menerima manfaat yang dinyatakan, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM42.5 juta sebagai premium kepada pengendali insurans.