Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
41) PEDULI SIHAT SECARA AUTOMATIK UNTUK SEMUA PESERTA SMUE WARGA EMAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bolehkah Kerajaan Negeri memberi bantuan Peduli Sihat Selangor untuk semua peserta SMUE warga emas secara automatik sebab mereka amat perlukan bantuan kesihatan atas faktor usia yang telah tua?
Terdapat syarat-syarat kelayakan dan dokumen khusus yang perlu diteliti bagi setiap permohonan di bawah inisiatif Iltizam Selangor Sihat (ISS) bagi warga emas termasuklah maklumat pendapatan bulanan dan status pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, permohonan bagi kedua-dua inisiatif ini adalah terbuka kepada semua warga emas yang layak. Pihak pemohon boleh membuat permohonan atau mendaftar bagi kedua-dua inisiatif bantuan ini di pejabat DUN di seluruh Negeri Selangor. Bagi inisiatif Iltizam Selangor Sihat (ISS), borang permohonan boleh dimuat turun melalui www.iltizamselangorsihat.com. Permohonan lengkap dengan dokumen sokongan perlu dihantar ke Pejabat DUN atau Penyelaras DUN.
Antara syarat-syarat kelayakan bagi ISS adalah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan bagi kategori keluarga dan bagi kategori individu pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) atau warga emas (berumur 65 tahun ke atas).