Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

150) PeBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri telah membuat kajian ke atas kegiatan sambutan belia bagi program-program dijalankan atau diusahakan?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau program-program yang dijalankan oleh
    Penggerak Belia Tempatan atau lebih dikenali PeBT di seluruh Selangor. Pegawaipegawai Belia di Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pemantau bagi Kerajaan
    Negeri dan pihak UPEN akan menyelaras ke semua laporan seterusnya dilaporkan
    kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia. Malahan terdapat di sesetengah Pihak
    Berkuasa Tempatan, Ahli Majlis juga turut memantau PeBT dari segi pentadbiran
    dan perjalanan program bagi memastikan objektif program tercapai.
    Melalui laporan oleh PeBT, Kerajaan Negeri telah mensyaratkan untuk menyatakan
    jumlah pengunjung atau kehadiran orang ramai ke program-program tersebut.

  2. Apakah jenis-jenis kursus tersebut dan jumlah yang telah dijalankan?

    Program-program yang telah dijalankan adalah berteraskan enam teras
    Pembangunan Belia iaitu :-
    i. Pendidikan
    ii. Kepimpinan
    iii. Ekonomi
    iv. Sukan
    v. Kemasyarakatan dan Kesukarelawan dan
    vi. Kebudayaan dan Kesenian
    Sehingga 30 Jun 2010, sebanyak 104 program telah dijalankan di seluruh PBT oleh
    PeBT dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM293,095.10.

  3. Adakah kerajaan mempunyai rancangan bagi mempergiatkan lagi tawaran kursuskursus kepada belia-belia ini?

    Kerajaan Negeri dalam usaha menggerakkan fasa III Merakyatkan Ekonomi
    Selangor yang mana Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan akan terlibat dengan dua
    program fasa tersebut iaitu :-
    i. Bimbingan kepada Usahawan Muda
    ii. Bantuan Perniagaan kepada Belia
    Melalui fasa ini, Kerajaan Negeri akan mengadakan program secara bulanan di
    semua daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.