Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

6) PeBT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Dasar PeBT telah dilaksanakan?

    Buat masa ini tiada dasar khusus untuk Penggerak Belia Tempatan (PeBT), walaubagaimanapun Kerajaan Negeri sedang membuat dasar belia negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian tersebut akan dijadikan Dasar Belia Negeri Selangor.

  2. Bilakah peluasaan program WiFi percuma akan dilaksanakan?

    Pelaksanaan program-program Penggerak Belia Tempatan adalah berdasarkan 6 bidang iaitu kepimpinan, sukan, ekonomi, kesukarelaan, kebudayaan dan pendidikan. Prestasi program berdasarkan pecahan bidang tersebut adalah seperti berikut :

    Bil Bidang Pretasi 100%
    1. Sukan 60
    2. Kepimpinan 15
    3. Ekonomi 10
    4. Kesukarelaan 10
    5. Kebudayaan 5
    6. Pendidikan 5
      Jumlah 100
  3. Sila kemukakan dokumen perancangan PeBT dalam aspek ekonomi, modal insan dan pendidikan dalam tempoh tahun 2013-2018?

    Kerajaan negeri masih di dalam proses merancang dan mengenal pasti pendekatan yang strategik dalam meningkatkan penglibatan serta pencapaian Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dalam aspek ekonomi, modal insan dan pendidikan bagi tempoh 2013 – 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.