Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

50) PEBS

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana pihak kerajaan memastikan bahawa program tersebut di manafaat oleh rakyat ?

    Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah satu inisiatif pimpinan anak muda dengan menjadikan mereka wakil Kerajaan Negeri bagi menyampai dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri kepada belia-belia di setiap kawasan bagi keseluruhan Negeri Selangor. Pelantikan Penggerak Belia Selangor (PeBS) ini seramai 5 orang bagi setiap Dewan Negeri juga digalakkan untuk membentuk jawatankuasa belia di setiap kawasan. Program yang dirancang mestilah mengikut 10 Dasar Belia Selangor yang digariskan dan memberi keutamaan kepada warga setempat khususnya dibawah kawasan PeBS Dewan Negeri masing – masing. Bagi memastikan program – program PeBS ini berjalan seiring dengan kehendak generasi muda semasa, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa membuat pemantauan melalui kertas cadangan dan laporan yang dikemukan oleh PeBS yang telah mendapat sokongan Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras Dewan Negeri masing-masing. Kerajaan Negeri terbuka dengan sebarang cadangan dan penambahbaikan kepada sistem PeBS sedia ada.

  2. Bagaimana pihak kerajaan menilai penyelia-penyelia program tersebut ?

    Penilaian semua ahli PeBS disetiap Dewan Negeri akan dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan sekali bagi memastikan prestasi dan gerak kerja berjalan baik. Walau bagaimanapun, pemantauan oleh pihak Majlis dijalankan secara bulanan melalui Bahagian Pembangunan Generasi Muda. Pihak Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras Dewan Negeri boleh mengemukan sebarang aduan atau cadangan bagi memperkasa ahli-ahli PeBS di kawasan masing-masing.

  3. Apakah tindakan kerajaan yang wajar di lakukan untuk memastikan bahawa penyelia yang sesuai sahaja memegang jawatan tersebut ?

    Secara dasarnya, pihak Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras Dewan Negeri bertanggungjawab memastikan individu yang berkelayakan dan mempunyai prestasi terbaik memegang jawatan tersebut. Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh pelantikan, Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN dibenarkan untuk mengemukan pemohonan bagi penukaran Penggerak Belia Selangor (PeBS) tersebut dengan calon yang baru. Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor memproses permohonan yang dikemukan oleh pihak Pejabat Dewan Negeri atau PeBS tersebut setelah mendapat kelulusan penamatan daripada Pejabat EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan.

Lampiran

Tiada Lampiran.