Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
154) PBT SELAMAT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kewangan diperlukan untuk melaksanakan inisiatif tersebut setiap PBT?
Manifesto PRU-13, Pakatan Rakyat telah mengesyorkan inisiatif untuk menambahkan CCTV dan Pegawai Penguatkuasa di kawasan Majlis. Bagaimanapun jumlah kewangan dan bilangan anggota yang diperlukan untuk melaksanakan inisiatif tersebut sedang diperincikan bersama-sama dengan pihak PBT.
-
Adakah kewangan diperlukan diambil dari cukai, bajet negeri atau bajet Persekutuan?
Kerajaan Negeri akan memutuskan sumber kewangan yang diperlukan sama ada daripada bajet negeri atau peruntukan PBT apabila tiba masanya.