Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

241) PBT / PEJABAT DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan projek-projek yang dijalankan oleh PBT dan Pejabat Daerah tiada pemantauan dan penyeliaan dengan harga yang amat berpatutan. Siapakah yang bertanggung jawab dalam perkara ini?

    1. Bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pelantikan dan pemilihan pembekal tender dan sebut harga adalah terletak di bawah Jawatankuasa Tender dan Sebut harga berdasarkan penilaian serat analisa oleh Jawatankuasa Penilai. Pemantauan secara berkala akan dilakukan oleh kakitangan yang ditugaskan bagi memastikan kerja-kerja mengikut arahan dan ia termasuklah menyediakan laporan harian dan laporan kemajuan projek yang ditetapkan. Manakala bagai Majlis Perbandaran Sepang  (MPSp),  penyediaan harga berdasarkan kepada harga semasa yang diambil dari pembekal.  Selain daripada itu, ia juga berdasarkan kepada jadual kadar harga JKR 2009. MPSp  juga menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Harga bagi menyemak laporan analisa sebelum di bawa kepada Jawatankuasa Sebut harga dan Jawatankuasa Tender. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga melakukan perkara sama yang dilakukan oleh MPSJ dan MPSp dalam urusan pelantikan pembekal dan pemantauan terhadap  kerja-kerja yang
  2. Apakah langkah-langkah pembaikan yang boleh diambil bagi mengatasi nya?

    1. Antara langkah-langkah pembaikan yang dilakukan oleh MPSJ bagi mengatasi masalah tersebut adalah dengan mengeluarkan notis pembetulan dan jika masih  berlaku  tindakan seterusnya boleh diambil termasuklah penamatan pengambilan kerja kontrak. Manakala bagi MPSp masih tiada masalah dari segi ketelusan dan pemilihan kontraktor kerana dengan adanya Jawatankuasa Penilaian Harga dan Jawatankuasa Sebut harga yang terdiri daripada Pegawai Teknikal dan Ahli Majlis membantu MPSp membuat keputusan terbaik sebelum projek
  3. Apakah jalan terbaik yang dapat diambil kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh mereka-mereka ini yang mempunyai sikap seolah-olah ÒMelepas Batuk DitanggaÓ dalam menjalankan kerja tetapi tiada tindakan diambil ke atas mereka selam ini.

    1. Antara langkah yang diambil oleh MPSJ kepada kontraktor yang dilantik adalah dengan memberikan notis amaran terhadap kerja yang dijalankan. Selain daripada itu, MPSJ  juga akan memberikan notis penamatan dan tindakan senarai hitam kepada kontraktor yang masih melakukan perkara yang sama setelah tindakan dan amaran dikeluarkan. Bagi kakitangan pula MPSJ akan memberi tindakan amaran dan tindakan tatatertib akan dikeluarkan kepada mereka yang didapati menjalankan kerja tanpa mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Manakala bagi MPSp kontraktor berkenaan akan  dikenakan  denda lewat jika didapati gagal melaksanakan kerja di tapak, tidak mengikuti spesifikasi kerja atau

Lampiran

Tiada Lampiran.