Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

252) PBT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak PBT terhadap keadaan gerai-gerai yang masih tidak dinaik taraf lagi? Dan berapakah jumlah gerai dikawasan bandaraya yang telah dinaik taraf?

    Pihak PBT dari semasa ke semasa menggunakan peruntukan pembangunan tahunan PBT di bawah program naik taraf gerai/ medan selera bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf/ membaikpulih gerai/ medan selera yang dikenal pasti. Pemilihan projek adalah mengikut keutamaan inventori dan kriteria gerai/ medan selera seperti lokasi tumpuan utama, tahap kerosakan bangunan serta keselamatan awam, kawalan kebersihan dan kapasiti ruangan serta kelengkapan kemudahan sokongan seperti tandas awam dan ruang solat. PBT telah menjalankan kerja-kerja pembaikan kecil bagi gerai-gerai yang masih belum dinaik taraf. Selain itu, PBT juga melaksanakan kajian dan analisa keperluan menaik taraf gerai-gerai Majlis mengikut keperluan.

    Contoh lain berhubung tindakan yang diambil oleh PBT adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah mewujudkan Jawatankuasa Transformasi Pengurusan Gerai dan Pasar dengan fungsi dan peranan seperti berikut:

    1. Menyelaras isu-isu berkaitan pengurusan Kompleks penjaja, pusat penjaja, gerai, kiosk dan petak.
    2. Merancang dan mengkaji cadangan penyusunan semula dan penguatkuasaan isu penjaja tanpa lesen.
    3. Menyelaras isu-isu berkaitan Pasar Majlis.

    Berikut merupakan perincian jumlah gerai di kawasan bandaraya yang telah dinaik taraf:

Lampiran

Tiada Lampiran.