Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

155) PAYA INDAH WETLAND

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek perumahan yang dijalankan berhampiran rizab paya itu setakat ini?

    Permohonan telah dikemukakan kepada PLAN Malaysia untuk dibawa ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

  2. Bagaimanapula pendirian Kerajaan Negeri di sebalik bantahan pelbagai pihak terhadap projek berhampiran di kawasan itu yang difahamkan kawasan pemampuan hanya 100 meter dari Paya Indah Wetland?

    Permohonan telah mematuhi perihal tanah dan ulasan jabatan teknikal. Pelan susunatur juga telah mematuhi Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Ketiga.

  3. Bagaimana pula dengan Laporan Penilaian Alam Sekitar yang dijalankan terutamanya daripada Jabatan Alam Sekitar?

    Laporan EIA Terperinci (DEIA) bagi permohonan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar merujuk kepada surat bil. AS(PN)50/011/100/338 bertarikh 10 Februari 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.