Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

68) PASUKAN RESPONS BENCANA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan khas untuk menangani bencana seperti banjir kilat dan sebagainya yang banyak terjadi?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2013 yang diadakan pada 2 Oktober 2013, telah menimbang dan meluluskan penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

    Objektif Penubuhan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) adalah seperti berikut :

    1. Memberi bantuan awalan terhadap aduan kecemasan dan bencana mengambil tempoh masa yang ditetapkan;
    2. Penyelarasan awalan bantuan bersama jabatan dalaman, agensi keselamatan dan penyelaras bencana daerah selaras dengan Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diambil alih oleh

    Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan dan Bencana; dan iii. Memastikan operasi bantuan dilaksanakan mengikut pelan Tindakan Tetap Pengurusan Kecemasan dan Bencana serta mematuhi Arahan Keselamatan yang telah digariskan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri hanya bergantung dengan jabatan dan agensi pusat sahaja?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 27/2013 yang diadakan pada 11 September 2013 dan telah disahkan oleh MMKN ke 28/2013 pada 18 September 2013, telah menimbang dan meluluskan penubuhan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor ditubuhkan secara khusus untuk menangani isu dan masalah yang dihadapi dalam pengurusan bencana di Negeri Selangor. Unit ini akan berperanan seperti mana fungsi dan tugas Majlis Keselamatan Negara

    Negeri Selangor yang diletakkan secara terus di bawah Setiausaha Kerajaan

    Negeri Selangor dalam aspek pengurusan bencana. Unit ini mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Selangor bersama Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

    Fungsi dan Peranan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor

    Memberikan nasihat mengenai pelaksanaan dasar, strategi, arahan, pelan tindakan dan hala tuju pengurusan Bencana. ii. Memberikan nasihat mengenai langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana dan Pencegahan Bencana.

    1. Memaklumkan mengenai tahap Kesiapsiagaan Mekanisma Pengurusan Bencana.
    2. Memaklumkan mengenai tahap Kesiapsiagaan Agensi Kerajaan dalam mengurus dan mengendalikan bencana.
    3. Memaklumkan semua keputusan yang dicapai dan kemajuan tindakan    yang diambil oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Mendapatkan arahan, keputusan dan nasihat daripada NADMA di  mana  perlu, dalam usaha-usaha menangani bencana yang berlaku. vii. Menyelaras pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang    memerlukan pengemblengan sumber di Peringkat Negeri dengan  bantuan daripada Peringkat Pusat yang terhad. viii.             Menyelaras pelaksanaan bantuan kemanusiaan dan Tindak Balas              Bencana ke luar negara. ix.           Melaporkan sebarang kejadian bencana yang berlaku kepada NADMA       dan juga tindakan-tindakan yang  diambil dari semasa ke semasa.
    4. Merancang, menggubal    dan     melaksanakan          dasar-dasar   awam      mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi,     sumber kewangan, dan pelaksanaan tadbir urus yang berkesan.

Lampiran

Tiada Lampiran.