Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
209) PASUKAN KHAS(TASKFORCE) KEMUDAHAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan kemudahan awam dan infrastruktur di kampung tradisi Melayu khususnya di pinggiran bandar masih belum sempurna, adakah kerajaan akan mewujudkan pasukan khas untuk menangani isu ini dalam tempoh yang lebih singkat?
Pembangunan Kampung tradisi Melayu khususnya di pinggiran bandar merupakan satu cabaran kepada pentadbiran Negeri Selangor. Takrifan desa yang digariskan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) iaitu saiz kepadatan penduduk yang kurang daripada 10,000 orang, berkepadatan rendah serta liputan tepu bina yang kurang daripada 50% telah tidak dapat diguna pakai bagi kampung-kampung yang terletak di pinggiran bandar.
Oleh yang demikian, pewujudan pasukan khas bukanlah penyelesaian yang mutlak bagi menangani isu-isu yang berlaku di dalam kawasan ini. Sebaliknya, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat satu kajian tentang hala tuju desa di Negeri Selangor. Kajian tersebut telah mengenal pasti keperluan-keperluan yang perlu dinaiktarafkan seperti infrastruktur, keperluan jalan raya, perancangan pembangunan serta keperluan percukaian yang perlu dilaksanakan bagi menyusun atur semula kampung-kampung berkenaan.