Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

29) PASUKAN HOKI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan nama-nama pemain Selangor yang berjaya mewakili Skuad Malaysia dari tahun 2010 hingga 2019.

    Nama-nama pemain Selangor yang berjaya mewakili skuad Malaysia dari tahun 2010 hingga adalah seperti berikut:
    – Raja Norsharina bt Raja Shahbudin
    – Nurul Safiqa bt Mat Isa
    – Ellya Syahirah bt Elias
    – Ellya Amanina bt Ellias
    – Nur Atira bt Mohamad Ismail

  2. Bagaimanakah Kerajaan Selangor dapat membantu pemain meningkat taraf permainan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa membantu persatuan untuk menaikkan taraf permainan sukan masing-masing. Pemilihan jurulatih adalah merupakan salah satu faktor untuk menaikkan taraf permainan. Jurulatih yang mempunyai ilmu pengetahuan sukan yang tinggi dan berpengalaman dalam mengendalikan pasukan peringkat elit merupakan kriteria yang penting dalam peningkatan taraf permainan atlet. Selain daripada itu, faktor lain adalah infrastruktur sukan hoki yang baik dan kebajikan atlet seperti elaun, insurans dan lain-lain pakej kebajikan atlet yang bersesuaian juga memainkan peranan penting untuk menyokong atlet tersebut agar terus berlatih bersungguh-sungguh untuk menaikkan taraf permainan mereka.

  3. Apakah sumbangan yang dapat dibagi kepada pemain yang teah berjasa di peringkat negeri mahupun kebangsaan?æ

    Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor ada menyediakan insentif dan sumbangan kepada atlet-atlet Selangor yang mewakili negara ke kejohanan antarabangsa. Insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berdasarkan
    penyertaan kepada Suka SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik manakala sumbangan berbentuk wang saku diberikan kepada mana-mana atlet Selangor yang menyertai ke kejohanan mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.