Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
226) PASUKAN BOLASEPAK PKNS FC
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi terkini PKNS FC.
Kelab bolasepak PKNS FC setakat 18 Julai 2017 telah menduduki tempat ke-9 dalam Liga Super Malaysia dengan mengutip sebanyak 15 mata melalui 3 kemenangan, 6 seri dan 7 kekalahan. Manakala bagi kempen Piala Malaysia, PKNS FC berada di kedudukan nombor 4 dalam peringkat kumpulan D dengan catatan 1 mata setelah melalui 3 perlawanan.
-
Sila nyatakan apakah sasaran dan matlamat PKNS FC sepanjang tahun 2017.
Sasaran PKNS FC pada tahun 2017 adalah untuk berada di kelompok 5 pasukan terbaik di dalam Liga Super 2017 dan seterusnya kekal bersaing di dalam Liga Super pada musim 2018. PKNS FC juga telah telah mensasarkan untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam perlawanan Piala Malaysia 2017.
-
Sila nyatakan apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh PKNS FC bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
Kelab bolasepak PKNS FC telah menghadapi beberapa cabaran dalam usaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pengurusan kelab. Cabarancabaran tersebut adalah seperti :
- Isu kecederaan yang melanda beberapa tonggak pasukan seperti Safee Sali (patah tulang selangka) dan Gonzalo Soto selaku pemain pertahanan (cedera lutut kanan);
- Jadual perlawanan yang padat menyebabkan kesukaran untuk mengekalkan prestasi pemain dengan konsisten. Contoh seperti sepanjang bulan Julai 2017, terdapat 9 perlawanan (untuk 2 kejohahan iaitu Liga Super dan Piala Malaysia).
Cabaran untuk mendapatkan pemain yang berkualiti dan setanding dengan pasukan elite di dalam Liga Super yang memiliki dana jauh lebih besar daripada PKNS FC.