Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

47) PASIR PROJEK HORAS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kaedah pengurusan pasir dari projek HORAS?

    Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi projek HORAS bermula tahun 2014. Kerajaan Negeri tidak membayar KSSB bagi kerja-kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di  kontra  dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB  turut  diberi  permit untuk memproses dan menjual pasir yang diperoleh daripada kerja- kerja pengorekan.

  2. Nyatakan jumlah hasil jualan pasir dari projek HORAS?

    Jualan pasir HORAS bermula tahun 2014 sehingga Februari 2016 adalah seperti berikut:

     

    Tahun Kuantiti

    (Tan Metrik’ Juta)

    2014 1.99
    2015 3.27
    Sehingga Februari 2016 0.28
    Jumlah 5.54

     

Lampiran

Tiada Lampiran.