Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

108) PASIR LAUT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan permohonan yang pernah diterima untuk menjalankan aktiviti melombong pasir laut di kawasan persisiran pantai 5 batu nautika Selangor.

    Pihak Berkuasa Negeri (PBN) tidak menerima sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti melombong pasir laut di kawasan persisiran pantai 5 batu nautikal Selangor, kerana bidang kuasa PBN adalah sehingga 3 batu nautikal dari tikas air surut sahaja.

  2. Apakah dasar terkini kerajaan terhadap industri ini?

    Kerajaan Negeri membenarkan aktiviti stockpile melalui Pekeliling PTGS Bilangan 1 Tahun 2012. Bagi aktiviti stockpile pasir laut terdapat 4 lokasi yang masih aktif dan pecahan adalah seperti berikut :

    Bil. Daerah Stockpiles Pasir Laut
    1. Klang 2
    2. Kuala Langat 2
    Jumlah Keseluruhan 4
  3. Adakah dasar ini boleh diperbaiki memandangkan memang terdapat permintaan terhadap pasir laut untuk tujuan tambakan tanah dalam pembinaan lebuhraya?

    Lesen Perlombongan Pasir Laut dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi kedudukan 3 batu nautika di luar pesisir pantai negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri membenarkan aktiviti stockpile pasir laut merujuk kepada Pekeliling PTGS Bilangan 1 Tahun 2012 memandangkan perlombongan yang telah diluluskan di luar pantai Negeri Selangor dilonggokkan di dalam Negeri Selangor. Kerajaan Negeri akan mengutip royalti bagi pemindahan yang berlaku hasil dari longgokan tersebut termasuklah bagi tujuan penambakan tanah dalam pembinaan lebuhraya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.