Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

370) PASIR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor merupakan negeri contoh dalam pengurusan pasir namun masih berlaku kecurian. Nyatakan daerah manakah yang paling besar kes kecurian pasir

    Kes kecurian pasir telah berkurangan dengan banyaknya semenjak kerajaan negeri Selangor menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Pada tahun 2008 untuk menguruskan industri pasir di Selangor. Buat masa ini, kes-kes kecurian pasir adalah terpencil dan kebanyakannya adalah dalam daerah Hulu Langat.

  2. Apakah jenis tindakan yang boleh diambil selain menyita jengkaut dan lori.

    1. Tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan/atau Pejabat Tanah/ Daerah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 terhadap kes kecurian pasir adalah penyitaan jentera, pengenaan denda serta perampasan tanah kerana pelanggaran syarat guna tanah sekiranya ianya dijalankan atas tanah hakmilik.

      Tindakan juga boleh diambil oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di bawah Enakmen LUAS 1999 sekiranya melibatkan aktiviti perubahan sumber, iaitu mengekstrak pasir dari badan air.

  3. Setakat ini berapakah jumlah denda/kompaun yang paling toinggi dikenakan.

    Jumlah kompaun atau denda tertinggi yang boleh dikenakan adalah RM25,000 seperti mana yang dinyatakan dalam Arahan Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 7/2011.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.