Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

239) PASAR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah ada rancangan terkini kerajaan untuk menaiktaraf atau membaikpulih pasar basah di pekan Semenyih dan pekan Beranang?

    Pihak MPKj tiada sebarang perancangan untuk menaiktaraf pasar-pasar  Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan berkala akan dilakukan.

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan kerajaan bagi mengawal kebersihan dan penularan penyakit di setiap pasar-pasar basah dan pasar borong di Selangor

    Tuan Speaker,

    Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

    Di antara langkah mengawal penyakit yang berpunca daripada makanan yang tidak selamat dari pasar-pasar basah dan pasar borong, BKKM menjalankan pensampelan penguatkuasaan dan juga pensampelan surveillance bagi pelbagai jenis komoditi makanan (sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan hasilan ikan, daging dan hasilan daging dan susu segar) setiap tahun di seluruh negeri Selangor.

    Pada tahun 2018, sebanyak 148 sampel telah diambil di beberapa pasar basah dan pasar borong di Selangor. Parameter analisis melibatkan residu racun makhluk perosak, residu dadah berjadual, logam berat serta mikroorganisma.

    Bahagian Kesihatan Awam (Unit Kawalan Penyakit Berjangkit), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

    Sehingga kini,tiada kes penyakit berjangkit yang dilaporkan mempunyai faktor risiko yang berkaitan dengan pasar basah atau borong. Walau bagaimanapun, sekiranya kebersihan tidak dijaga dan persekitaran yang kotor dengan kehadiran tikus, ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan Leptospirosis. Promosi kesihatan dan kebersihan persekitaran dilakukan secara berkala melibatkan pasukan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

    *untuk makluman jabatan ini tidak membuat pemeriksaan kebersihan terhadap premis menjual bahan mentah (sayur,ikan,daging,ayam) di pasar basah atau  pasar borong.Jabatan ini menjalankan aktiviti pensampelan makanan. Pemantauan kebersihan pasar basah dan pasar borong lebih kepada peranan PBT.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.