Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

174) PASAR TANI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pasar tani di Selangor mengikut PBT.

    adalah seperti berikut:

    PBT JUMLAH
    MBSA 6
    MBPJ 4
    MPK 5
    MPAJ 3
    MPSJ 5
    MPS 3
    MPKJ 6
    MPSp 7
    MDKL 4
    MDHS 2
    MDKS 2
    MDSB 0
    JUMLAH 47
  2. Apakah kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu peniaga?

    Antara kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu peniaga untuk memasarkan produk-produk hasil tani adalah:

    • Pengecualian lesen perniagaan (penjaja) pada tahun 2107.

     

    • PBT menyediakan tapak yang sesuai untuk disewakan kepada FAMA.

     

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pasar tani yang lebih bersih dan selamat?

    Pengoperasian pasar tani adalah di bawah kelolaan FAMA. Berdasarkan pemerhatian Kerajaan Negeri, pihak FAMA ada menempatkan anggota RELA di pasar-pasar tani bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dan memudahkan pengunjung ke pasar.                              Selain itu, untuk menjaga kebersihan, tong-tong sampah disediakan dan kerja-kerja pembersihan kawasan juga dilaksanakan oleh PBT setelah operasi pasar tani tersebut selesai.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.