Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
61) PASAR PAGI/PASAR MALAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Lokasi pasar pagi dan pasar malam sering mengakibatkan berbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, kekotoran dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD untuk mengatasi masalah ini?
Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, kekotoran dan sebagainya
beberapa langkah-langkah telah diambil seperti berikut :
i. Kontraktor Alam Flora akan membersihkan tapak pasar pasar setiap kali selepas
perniagaan, mengadakan gotong-royong bersama peniaga-peniaga setiap bulan;
ii. Semua peniaga dikehendaki menyediakan tong sampah. Sekiranya gagal
mematuhi, tindakan kompaun akan dikenakan;
iii. Peniaga-peniaga yang menghasilkan sampah berlebihan seperti peniaga kelapa
dan tebu dikenakan caj tambahan kerana mereka menghasilkan sampah yang
berlebihan berbanding peniaga-peniaga lain;
iv. Bagi memastikan peniaga mematuhi syarat-syarat lesen, operasi kompaun dan
kawalan dilakukan dari semasa ke semasa.Langkah-langkah yang diambil oleh PBT untuk mengatasi masalah ini :
i) Aktiviti gotong-royong dilakukan bersama persatuan pasar pagi, peniaga – peniaga
pasar pagi untuk melakukan pembersihan di setiap pasar pagi.
ii) Kompuan dikeluarkan sekiranya peniaga telah melanggar Undang-Undang Kecil
Penjaja MPAJ 1992 untuk pasar pagi dan pasar malam.
iii) Laporan semakan oleh pengawas kawasan sebelum dan selepas pasar malam/
pasar pagi dijalankan untuk memastikan penganjur / persatuan menjaga kebersihan
lokasi yang menjadi tanggungjawab mereka. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan
sekiranya didapati pembersihan tidak memuaskan.
iv) Pihak penganjur diarahkan untuk meletakkan kon dan anggota Rela sebagai
langkah untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas. -
Apakah syarat-syarat tertentu bagi membuka tapak pasar-pasar tersebut?
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi membuka tapak pasar adalah seperti
berikut :
i. Membuka tapak pasar di kawasan perumahan berdekatan kawasan industri
institusi pengajian tinggi;
ii. Berdekatan kawasan perumahan kos rendah dan jauh daripada pasar;
iii. Bukan di atas jalan raya terutama jalan masuk kawasan perumahan dan ‘service
road’;
iv. Bukan di atas tapak yang terlalu dekat dengan rumah sehingga boleh
menggangu perjalanan penghuni-penghuni rumah;
v. Setiap pasar malam harus dapat menampung keperluan penduduk dalam
radius 1 km2 dan tidak boleh mengadakan pasar malam serentak dalam
lingkungan ini dan
vi. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui persatuan penduduk kawasan
berkenaan.Syarat-syarat bagi membuka pasar-pasar tersebut adalah :
i) Setakat ini, lokasi yang sesuai untuk membuka tapak pasar pagi dan pasar malam
adalah terhad kerana kebanyakan lokasi adalah tidak sesuai ( melibatkan jalan
utama dan kawasan perumahan ).
ii) Pihak jabatan hanya menguruskan kewujudan pasar pagi dan pasar malam yang
sedia ada sahaja.
iii) Keputusan untuk membuka pasar pagi/pasar malam yang baru perlu melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ.