Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
4) PASAR PAGI DAN PASAR MALAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pasar pagi dan pasar malam di Negeri Selangor yang menghadapi masalah serius dan sering diadu oleh penduduk-penduduk?
Setakat ini tiada Pasar Pagi dan Pasar Malam di Negeri Selangor yang menghadapi masalah serius sehingga tidak dapat di selesai secara baik oleh PBT. Majlis–majlis Daerah biasanya tidak menghadapi masalah serius dengan Pasar Pagi dan Pasar Malam. Ianya berbeza dengan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran yang sering menerima aduan mengenai kehadiran peniaga asing, sampah sarap tidak dikutip, halangan masuk ke kawasan perumahan, kesesakan lalu lintas dan kutipan yuran oleh pengusaha Pasar Malam.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
Bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan menyelaras kutipan yuran Pasar Malam di mana PBT hanya dibenarkan mengutip yuran pembersihan dan pengurusan tidak melebihi RM 4 untuk setiap petak perniagaan. Pada masa yang sama PBT telah diminta untuk menyelesaikan masalahmasalah lain yang sering diadu oleh penduduk bersama dengan Jawatankuasa Penduduk Setempat. Tapak-tapak Pasar Pagi dan Pasar Malam yang bermasalah akan di pindahkan ke kawasan-kawasan yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah .