Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
95) PASAR MODEN DI KAMPUNG HULU BERNAM
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah kampung Hulu Bernam tidak mempunyai sebarang pasar moden sehingga kini,sedangkan dari dahulu sehingga kini, penduduk Kampung Hulu Bernam menjana ekonomi di pasar Tanjong Malim,Perak.
Kawasan Hulu Bernam pada ketika ini mempunyai pasar yang dikendalikan oleh pihak persendirian di Jalan Changkat Asa, Hulu Bernam. Selain itu penduduk di Hulu Bernam lebih memilih untuk ke Pasar Tanjung Malim, Perak bagi mendapatkan keperluan harian.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk membina sebuah pasar moden di Kampung Hulu Bernam?
Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor akan membincangkan keperluan menyediakan tapak pasar awam ini bersama pemaju yang mempunyai tanah pemajuan berskala besar iaitu pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bernam Jaya dan Permodalan Hartanah Berhad (PHB) Ladang Escot.