Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
58) PASAR BORONG SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pendapatan yang telah diterima oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor PKPS sejak menguruskan Pasar Borong Selangor ? Sila Berikan pecahan mengikut tahunan.
LATAR BELAKANG
Pasar Borong Selangor terletak di Seri Kembangan dan telah dibangunkan di atas tanah seluas 50 ekar pada tahun 1999. Idea untuk mendirikan pasar tersebut dicetuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dimana ianya bertujuan untuk membantu golongan para petani dan nelayan memasarkan produk mereka terus kepada pengguna. Perniagaan yang dijalankan adalah tertumpu kepada barangan halal sahaja.
Pasar Borong Selangor yang memiliki sebanyak 310 lot dan pecahan lot-lot perniagaan dalam pelbagai kategori adalah seperti berikut :-
Kategori Bilangan Lot Ikan 85 Sayur 103 Daging 14 Ayam 24 Buah/Kering 74 Kering (barangan runcit) 10 Jumlah 310 Peningkatan urusniaga di Pasar Borong Selangor dapat ditunjukkan melalui jumlah kenderaan yang memasuki Pasar Borong Selangor, di mana pada awal 2002 jumlah kenderaan yang dicatatkan adalah sebanyak 45,501 buah sebulan. Manakala purata jumlah kenderaan yang dicatatkan untuk separuh tahun pertama 2010 adalah sebanyak 60,556 buah sebulan.
Jumlah pendapatan Pasar Borong Selangor sejak tahun 2001 hingga 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Pendapatan (RM juta)
2001 3.66 2002 4.95 2003 4.40 2004 4.15 2005 4.03 2006 4.44 2007 4.75 2008 4.53 2009 4.83 2010 (Jan – Sep) 3.75 Jumlah 43.51 -
Berapakah jumlah peniaga yang berada di Pasar Borong sekarang?
Maklumat terperinci lot-lot perniagaan dan jumlah peniaga di Pasar Borong Selangor adalah seperti berikut :
Kategori
Lot Bumiputera
Bukan Bumiputera Sedia Ada Disewa Kosong Ikan 85 60 25 18 42 Sayur 103 88 15 18 70 Daging 14 13 1 11 2 Ayam 24 22 2 18 4 Buah / Kering 74 70 4 25 45 Kering 10 10 – – 10 Jumlah 310 263 47 90 173 Peratusan 100% 85% 15% 34% 66% -
Berapakah jumlah pekerja-pekerja asing yang berniaga dan menguruskan tapak perniagaan di Pasar Borong?
Lot-lot perniagaan adalah untuk rakyat tempatan sahaja. Walau bagaimanapun,penyewa-penyewa lot ada mengambil pekerja asing untuk berkerja dengan mereka.