Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

180) PASAR BESAR MERU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pasar Besar Meru dan pasar-pasar besar di bawah seliaan MPK agak lesu sambutan dari orang Awam. Apakah perancangan masa depan yang dirancangkan oleh MPK untuk menarik minat orang awam untuk datang ke sini untuk membeli belah?

     

    Pasar Awam milik Majlis masih lagi mendapat sambutan daripada orang awam kerana ramai berkunjung ke pasar untuk tujuan membeli-belah. Namun begitu, dengan kewujudan pasar besar ‘hypermarket’ yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk barangan basah,sedikit sebanyak menjadi ‘trend’ sebahagian orang awam hanya perlu pergi ke satu tempat untuk mendapatkan semua barang yang mereka

     

    Perancangan masa hadapan kompleks Pasar Besar Jalan Meru :-

     

    1. Penjenamaan Semula Pasar
    2. Susunatur Perniagaan
    • Penyeragaman Waktu Perniagaan
    1. Penyeragaman Aliran Trafik dan Tempat Letak Kereta
    2. Tawaran Penswastaan

     

  2. Kelantan menjadikan Pasar besar/borong seperti Pasar Siti Khadijah sebagai medan pelancongan domestik dan luar Negara. Adakah cadangan pengurusan MPK membawa pasar besar Meru ke arah seperti itu?

    Majlis pernah membuat pengubahsuaian di Gerai Runcit Tingkat 1 Blok B, Kompleks Pasar Besar Jalan Meru pada tahun 2001 bagi tujuan dijadikan Bazaar Rakyat. Walaubagaimanapun, Bazaar Rakyat tersebut tidak mendapat sambutan penyewaan dan pengunjung. Pada masa sekarang Majlis sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan untuk memajukan pasar- pasar milik

     

    Pada masa ini, Pasar Jawa Klang adalah merupakan salah satu tempat bagi penjualan makanan kering tradisional seperti kerepek-kerepek yang telah menarik ramai pengunjung ke sana terutamanya pada musim-musim perayaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.