Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

237) PASAR BESAR KLANG JALAN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status baikpulih dan naik taraf pasar tersebut?

    Untuk menaiktaraf keseluruhan pasar, memerlukan kos yang tinggi terutama bagi penggantian biofilter, pendawaian semula dan sistem Sehingga ini, Majlis hanya membuat pembaikan secara berperingkat bagi memastikan operasi pasar tidak terganggu. Pada 20/10/2014, Majlis telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri berhubung penggantian sistem kumbahan ’biofilter’ yang telah tidak berfungsi dan memerlukan penggantian segera, namun tiada maklumbalas diterima. Jumlah peruntukan yang dipohon kepada Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM 2.5 juta.

  2. Apakah halangan perlaksanaan pengurusan kebersihan, laluan pengunjung dan gerai?

    Tiada halangan perlaksanaan pengurusan kebersihan, laluan pengunjung dan gerai. Majlis juga telah mengeluarkan empat (4) notis pengalihan barang- barang yang menghalang laluan awam di dalam pasar dan tujuh puluh empat(74) sitaan diambil sepanjang tahun 2014.

  3. Apakah pihak MPK sudah tidak dapat formula penyelesaian tersebut?

    Bagi formula penyelesaian pengurusan kebersihan, Majlis telah melantik Kontraktor Pembersihan iaitu Syarikat P. V. Kaya Enterprise mulai 7/1/2015. Kontraktor tersebut telah memberi komitmen yang tinggi dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan Manakala berhubung laluan pengunjung pula, Majlis telah meletakkan anggota bagi memantau penyewa-penyewa di sepanjang laluan tersebut agar mematuhi syarat dan arahan Majlis. Setakat ini, Majlis berpuas hati dengan prestasi syarikat tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.