Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

243) PASAR BERTINGKAT PAYA JARAS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kelulusan projek pasar bertingkat Paya Jaras Tengah?

    Status projek Cadangan Membina Kompleks Pasar Moden 6 Tingkat Dengan Kemudahan Kedai Di Tingkat 1-3, Padang Bola (Futsal) Di Aras Bumbung, Tempat Letak Kereta Di Tingkat 4-5 Dan Pusat Memproses Sisa Buangan Pasar Untuk Tetuan Majlis Bandaraya Shah Alam yang dicadangkan sebelum ini untuk di dirikan di atas Lot 1057 Paya Jaras, Seksyen U19, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan telah terhenti seketika bagi membolehkan urusan tanah diselesaikan terlebih

     

    Tapak asal yang dicadangkan bagi Pasar Moden ini ialah tapak cadangan yang ditanda dengan Lot A (1.937 ekar / 7,839 M2) – sila rujuk Pelan Tapak. Walau bagaimanapun memandangkan saiz Lot A yang terhad, MBSA berhasrat mengambil Lot B dengan keluasan 2.463 ekar / 9,967 M2 tapak padang bola bersebelahan dengan Sekolah Rendah Agama, Paya Jaras, Seksyen U19, Shah Alam sebagai tambahan. Jumlah keluasan tapak cadangan yang baru (Lot A + Lot B) adalah 4.4 ekar / 17,483 M2. Merujuk kepada Rancangan Tempatan (RT) MBSA, kedua-dua tapak ini berada di dalam zon yang berbeza iaitu Lot A – Zon Komersial dan Lot B – Zon Rekreasi.

     

    Sehubungan dengan itu, MBSA telah mengemukakan permohonan untuk mewartakan kedua-dua tapak milik Kerajaan ini sebagai tapak Pasar Moden kepada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (PDTP) pada 23 November  2015 dan masih lagi dalam tindakan pihak PDTP.

     

    Status pewartaan tapak pasar moden di Seksyen U19 masih diperingkat penyediaan kertas kerja oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (PDTP) dan dalam tindakan untuk di angkat ke MMKN untuk kelulusan pewartaan.

     

    Pihak PDTP memaklumkan kesukaran untuk mewartakan tapak padang bola bersekali dengan tapak pasar moden memandangkan kedua-dua tapak tersebut mempunyai kegunaan yang berbeza. Sekiranya permohonan pewartaan tapak padang bola tidak diluluskan, keluasan tapak pasar moden yang boleh dibangunkan hanya berkeluasan 1.937 ekar.

     

  2. Bila projek tersebut akan di mulakan dan apakah tempoh pembinaan?

    Pihak Majlis tidak dapat menjangkakan bila tarikh jangkaan sebenar projek ini boleh dimulakan di tapak. Ini adalah kerana masih banyak lagi proses yang memakan masa dan perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti berikut:

     

    i)                    Urusan Tanah

    • Proses Pewartaan Tanah
    • Proses urusan pemberian hak milik
    • Deraf pindaan Rancangan Tempatan (RT) diluluskan

     

    ii)                  Isu Peruntukan

    -Pihak Majlis telah mengemukakan permohonan peruntukkan kewangan berjumlah RM39,342,926.56 kepada pihak Pegawai Kewangan Negeri pada 13 Januari 2015 bagi kos membina serta kos– kos berkaitan    dengan pembinaan ini seperti berikut:-

     

    Harga Tawaran Tender                               RM 27,940.526.49

    Harga Gerai Sementara                              RM       500,000.00

    Jumlah                                                          RM 28,440,526.49

    Kerja Tambahan (VO anggaran 20%)      RM    5,688,105.30 Jumlah harga pembinaan                                        RM 34,128,631.79 Bayaran Perunding (Anggaran 15%)                                  RM    5,119,294.77 Bayaran „Clerk Of Works‟ (1 Orang)                       RM         95,000.00 Jumlah Peruntukkan Dimohon              RM 39,342,926.56

     

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5/2015 pada 4 Februari 2015 dan telah disahkan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) ke 6/2015 pada 11 Februari 2015 telah memutuskan bahawa peruntukkan kos pembangunan berjumlah RM 27,940.526.49 sahaja diluluskan dalam bentuk pinjaman kepada pihak Majlis untuk membiayai pembangunan cadangan membina pasar tersebut. Jumlah perbezaan sebanyak RM11,402,400.07 perlu ditanggung oleh pihak Majlis bagi memastikan cadangan pembinaan pasar ini dapat diteruskan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga telah meminta pihak MBSA mengkaji semula pelan keseluruhan pembinaan cadangan ini dengan mengurangkan tingkat parkir kenderaan untuk penjimatan kos pembangunan keseluruhan pasar tersebut.

     

    iii)                Kelulusan KM dan Pelan Bangunan

     

    • Proses Kebenaran Merancang (KM)
    • Proses Kelulusan Pelan Bangunan

     

    iv)                Lantikan dan Tawaran Tender

    • Proses Lantikan Perunding,
    • Proses mengiklan tawaran dan penilaian tender bagi pemilihan

     

    Selain itu juga Majlis juga perlu menyelesaikan isu yang berkaitan dengan tapak cadangan iaitu mendapatkan tapak gantian sementara bagi menempatkan:

     

    • 26 peniaga-peniaga sedia ada di bawah program Pembangunan Luar Bandar (PLB) yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan
    • 206 peniaga pasar malam yang berniaga dua (2) kali seminggu

     

    Pihak Majlis akan dapat memberikan jangkaan tempoh projek dimulakan apabila perkara i dan ii telah dapat diselesaikan terlebih dahulu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.