Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

253) PASAR BASAH

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan pasar basah di Selangor selesa dan bersih?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha bagi memastikan pasar basah di Selangor selesa dan bersih untuk kemudahan rakyat setempat. Antara usaha yang dilakukan oleh PBT Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    1. Melaksanakan pemantauan harian ke atas kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor pembersihan kawasan pasar yang dilantik;
    2. Melaksanakan pemantauan secara berkala ke atas peniaga dan penyewa gerai agar sentiasa menjaga kebersihan premis masing-masing;
    3. Menjalankan tindakan penguatkuasaan dan pengawalan ke atas peniaga serta kebersihan bangunan melalui Undang-Undang Kecil Pasar Negeri Selangor (2007);
    4. Menyusun atur gerai jualan dan mewujudkan pengezonan ruang niaga mengikut kategori jenis perniagaan bagi memastikan kebersihan pasar sentiasa berada di dalam keadaan optimum; dan
    5. Mengadakan tindakan bersepadu bersama jabatan dalaman PBT dari segi reka bentuk bangunan pasar, kehendak kebersihan peniaga dan bangunan, kawalan makhluk perosak, serta penyediaan kawasan dan kemudahan pengurusan sisa pepejal seperti kawasan kitar semula, mesin kompos dan reka bentuk tong sampah yang sesuai di kawasan pasar basah.
  2. Nyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf pasar basah di Selangor

    Jumlah keseluruhan peruntukan menaik taraf pasar basah di kesemua PBT Negeri

    Selangor dari tahun 2015 sehingga 2017 adalah sebanyak RM11,997,279.06. Butiran jumlah peruntukan bagi menaiktaraf pasar basah mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1:-

    PBT Jumlah Peruntukan Bagi Menaiktaraf Pasar Basah 

    (RM)

    2015 2016 2017
    MBSA 752,441.00 578,325.40 0.00
    MBPJ 3,510,000.00 1,700,000.00 2,300,000.00
    MPK 145,000.00 125,000.00 500,000.00
    MPS 195,620.00 457,626.00 233,132.96
    MPAJ 0.00 0.00 15,741,770.50
    MPKj 100,000.00 200,000.00 200,000.00
    MPSp 776,883.00 100,000.00 250,000.00
    MDKL 324,992.00 71,242.60 90,938.00
    MDKS 100,000.00 100,000.00 206,000.00
    MDSB 43,208.00 128,436.50 139,200.00
    JUMLAH 5,948,144.00 3,460,630.50 3,919,270.96

    Jadual 1: Peruntukan Bagi Menaiktaraf Pasar Basah di PBT Negeri Selangor

     

    * MPSJ dan MDHS tiada peruntukan menaik taraf pasar basah.

Lampiran

Tiada Lampiran.