Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
66) PASAR BARU TAMAN SRI MUDA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikan status terkini pembinaan pasar baru di Taman Sri Muda ?
Majlis Kerajaan Negeri Ke 5/2012 pada 8 Februari 2012 telah bersetuju agar pihak PTG Selangor mengambil tindakan untuk menyegerakan pewartaan tanah tersebut supaya MBSA dapat menyediakan perancangan pembangunan bagi tanah yang dimaksudkan dan seterusnya ditender berdasarkan kepada Gross Development Value (GDV). Peniaga dibenarkan beroperasi di tapak sedia ada sehingga bangunan pasar baru siap dibina.
Tanah tersebut telah diwartakan bagi tujuan Kawasan Tempat Letak Kereta (TLK) di atas lot 32974, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Mukim Klang, Daerah Klang pada 23 Julai 2012.
Perbincangan dengan pemilik tanah yang baru iaitu AEH Development Sdn. Bhd. telah diadakan bagi membenarkan peniaga beroperasi di tanah milik mereka sehingga pembangunan siap memandangkan peniaga telah menduduki tanah milik mereka dan sebahagian tanah tapak kawasan tempat letak kenderaan tersebut. Pemilik telah bersetuju memberi tempoh terakhir sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.
Pada masa ini pihak Majlis telah pun menyediakan terma rujukan (TOR) dan Pelan Bangunan Pasar Baru Taman Sri Muda. Pasar baru ini mengandungi :
- 69 unit gerai di tingkat bawah sebagai ruang pasar basah (wet market) yang menjual bahan-bahan segar seperti ikan, ayam, daging dan sayursayuran.
- 67 unit gerai di tingkat 1 sebagai ruang pasar kering (dry market) yang menjual barang-barang kering seperti bawang, telur dan lain-lain.
- 24 unit gerai makan di tingkat 2 iv) 3 tingkat Tempat Letak Kereta (TLK).
-
Bila pembinaan akan dimulakan dan jangkaan tarikh siap?
Pembinaan dijangka akan dimulakan pada awal tahun 2014 dan dijangkakan siap dalam tempoh 2 tahun.
-
Berapakah anggaran kos pembinaannya dan berapakah harga sewaannya satu bulan?
Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM17.5 juta. Bagi menjana keuntungan Return Of Investment (ROI) dalam tempoh 15 tahun dengan faedah 5% harga sewaan 1 bulan. Dianggarkan sewaan sebanyak RM700.00 sehingga RM1,500.00 bagi 1 unit gerai bergantung kepada keluasan lantai yang disewakan oleh Majlis. Dijangkakan pihak Majlis akan menerima kutipan sewaan sebanyak RM131,200.00 sebulan.