Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
251) PASAR AWAM SUNGAI HAJI DORANI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kehadiran pengunjung dan kuasa beli di pasar awam tersebut?
MDSB akan menjalankan pakej pelancongan Sabak Bernam dimana akan turut singgah di beberapa tempat pelancongan di dalam daerah Sabak Bernam termasuk Pasar Awam Sungai Haji Dorani.
-
Bilakah papan tanda Pasar Awam akan dipasang, sebagaimana janji EXCO lepas akan meletakkan di tepi jalan utama?
Pemasangan papan tanda dalam proses perlantikan kontraktor. Pembinaan bergantung pada peruntukan kewangan yang di terima. Lokasi dan rekabentuk papan tanda bergantung kepada pengesahan JKR daerah.
-
Najis haiwan di pasar awam, apa tindakan kerajaan?
Pihak MDSB telah menghantar notis arahan larangan membela atau memberi makanan kepada haiwan seperti kucing & anjing kepada semua peniaga kerana ianya telah menyebabkan najis haiwan – haiwan tersebut bersepah dan berbau busuk di pasar awam tersebut.
Perkara ini berpunca daripada kegiatan pembuangan kucing di pasar awam tersebut yg dilakukan oleh pihak luar yg tidak bertanggungjawab. MDSB juga mencadangkan agar pusat kawalan & penjagaan kucing liar perlu direaliasasikan segera bagi menangani masalah ini seperti Taman Kucing Madani.