Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
269) PASAR AWAM PEKAN SEMENYIH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pasar kendalian Kerajaan Negeri Selangor di DUN Semenyih dan apakah status Pasar Sementara Pekan Semenyih?
Untuk makluman Y.B, terdapat 2 buah pasar di DUN Semenyih iaitu Pasar Sementara Pekan Semenyih dan Pasar Awam Kg. Baru Semenyih. Peniaga-peniaga Pasar Awam Pekan Semenyih telah ditempatkan sementara di Hentian Bas Semenyih Sentral dan peniaga telah berpindah dan mula beroperasi pada 1 Mac 2023 dengan melibatkan 32 orang.
-
Bilakah Pasar Awam Pekan Semenyih akan disiapkan?
Untuk makluman Y.B, pihak Majlis Perbandaran Kajang masih belum menerima kelulusan pewartaan tapak pasar ini dari Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat (PDTHL) yang mana permohonan telah dikemukakan pada 12 Jun 2023 dan pembinaan pasar hanya boleh dilaksanakan setelah kelulusan pewartaan diperolehi. Perkara ini masih didalam penyelesaian isu-isu pemilik tanah dengan pihak PTDHL dan dijangka projek ini dilaksanakan pada tahun 2026.