Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
31) PASAR AWAM DUN SENTOSA
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membina pasar awam di DUN Sentosa?
Pembangunan di Taman Sentosa adalah melalui kaedah ‘piecemeal development’ yang melibatkan sebahagian besar tanah milik persendirian. Majlis Perbandaran Klang mengambil maklum keperluan tapak pasar awam di Taman Sentosa dan akan mengenalpasti lokasi yang sesuai.
Mengambilkira aspek lalulintas, kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi, privasi penduduk dan di lokasi yang terkeluar daripada kawasan kediaman bagi mengelak kacau ganggu.
Hasil semakan di Pejabat Daerah/ Tanah (PTD) tiada terdapat tanah kerajaan di kawasan Sentosa. Rezab awam seperti gerai adalah hak milik individu atau pemaju tidak membuat serahan. PTD akan menyemak tanah yang bersesuaian sekiranya ada merujuk Mesyuarat Khas membincangkan kawasan tapak yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai Pasar di kawasan Taman Sentosa, Mukim Klang dalam masa terdekat.