Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
230) PASAR AWAM DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil kepada kemudahan awam yang tidak diselenggara
diantaranya tandas yang tidak berfungsi, kipas yang rosak seperti di Pasar Suntex Batu 9?Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dijangka dilaksanakan dan selesai pada awal Julai 2024.
-
Apakah status pasar pekan Batu 14?
Untuk makluman Y.B, Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah menyewakan keseluruhan Pasar Batu 14 tersebut kepada operator luar bagi tujuan bengkel kenderaan dengan merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil. 1/2013 bertarikh 18 Januari 2013 dan Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Kajang Bil 1/2013 bertarikh 30 Januari 2013.
Untuk makluman juga, sebelum pihak Majlis meluluskan permohonan ini, pasar berkenaan berada dalam keadaan uzur dan tidak terurus serta tiada sambutan peniaga untuk dijadikan aktiviti perniagaan pasar.
-
Terdapatkah perancangan menaik taraf Pasar Pekan Batu 14 tersebut?
Setakat ini tiada perancangan dan peruntukan menaiktaraf Pasar Pekan Batu 14 Hulu Langat tersebut.xz